Wednesday, December 11, 2013

Sewa Tudung

Assalamualaikum..

Aku nak offer untuk sapa2 nak sewa tudung halfmoon. Tak tipu, memang cantik & menarik. Sesuai untuk pakai masa majlis nikah, tunang ataupon nak pergi dinner2 ala2 glemer gitu. 

Nama tudung ni 'Halfmoon Princess' (princess la sgt ;p) penuh dengan labuci jahit tangan. Kain dia jenis chiffon lembut, tak nipis, gred AAA. Tapi aku suggest kalau korang nak pakai berfesyen2, better pakai dengan inner neck. Berfesyen anggun + aurat pon secure ;)



Haaa cantik kan?? Kan dah cakap. Aku memang tak tipu punya hehe. Memang berat maniknya dan dijamin terasa gojezz bila memakai hehehehe. (Gambar terpaksa diblurkan atas sebab2 malu ;p)

Apa yang aku suka dengan halfmoon ni ialah, depannya besar dan boleh tutup bahagian dada. Senang dibentuk + boleh pakai ikut macam2 fesyen. Boleh refer halfmoon tutorial kat youtube untuk cara2 pakai halfmoon. Yang penting pakai halfmoon lagi senang daripada pakai shawl biasa.

Untuk sape2 yang nak sewa, harga sewa cuma RM35 sahaja. Tapi aku minta deposit RM50 masa nak ambil tudung tu. Tempoh sewa 5 hari sahaja. Masa pulang aku akan check, kalau takde rosak atau manik2 tercabut, aku akan pulangkan balik RM15. Area JB saje tau.

Pape contact aku okeh!

Sufi - (019-7902386) 


Tuesday, November 19, 2013

Review product : Mukjizat Soap D'herbs

Assalamualaikum~

Ok, arini aku nak jadi mak bidan kongsi tentang 1 produk yang aku dah try dan aku rasa macam alhamdulillah kesannya ok.

Alaaa aku tau mesti korang ada je yang ada kesan2 hitam kat badan kan? kan? Kadang2 ada jerawat kat badan, bekas hitam kat lutut sebab bawak motor macam lumba kat trek cup prix (tipu je :p), ataupun bekas2 hitam sebab gatal2 pastu korang garu2. Haaa lagi 1 yang aku rasa mesti feymes bekas hitam ni kat ketiak & celah peha.

Alkisahnya aritu aku jalan2 kat depan kedai jamu. Aku ni rajin gak g kedai jamu ni sebab dekat dengan Maybank tempat aku selalu masukkan duit (macam banyakkk je duit nak masukkan). Aku saje borak ngn akak tu. Dia kata sabun ni bagus untuk hilangkan kesan hitam kat badan. Lagi2 la untuk bakal2 raja sehari. Yang tak bakal pon boleh gak pakai, takde masalah pon. Sebenarnya aku cari scrub sebab scrub aku dah abes, tapi akak tu saje bagi aku test sabun mukjizat ni.

Aku pon beli, harga dia RM19.90. Bau dia wangi + dia ada biji2 gak macam scrub. Kalau korang nak guna, time mandi tu, gosok je kat tempat2 yang korang rasa nak hilangkan kesan hitam tu. Gosok2 sampai berbuih, pastu tinggalkan sekejap. Biarla dalam 2-3 minit. Sambil2 tu korang gosok gigi ke, syampu rambut ke, berus mangkuk toilet ke. Agak2 dah 2-3 minit, bilas. Bilas dengan air suam2 lagi ok. Rajin2 buat tau. Kalau nak elok, tiap kali mandi jangan lupa gosok. Lagi rajin lagi cepat hilang.

Macam aku, baru guna 2-3 minggu camtu kot. Dah nampak dah kesan. Alaaaa takyah la tanya kesan hitam aku tu katne. Nanti bakal suami aku baca blog ni, kantoi plak kahkah! :p Hehe sebenarnya aku ada kesan2 hitam sebab gatal2 aku garu. Kulit aku ni sensitip sket. Kena nyamuk tak boleh, kena air kotor sket tak boleh. Kulit orang kaya katanyaaaa :p So bila dah gatal, aku pon laaaagi la gatal nak garu. Lama2 tinggal la kesan hitam ni hehehehe.

Ni la rupa bentuk sabun mukjizat ni :


Aku tak jual pon sabun ni. Korang try la cari kat kedai2 jamu berhampiran hehe. Banyak je ada jual. Tapi kalau korang malas nak g usha2, nak aku tolong belikan pon boleh. Kalau aku g bersiar2 depan kedai jamu akak cun tu lagi (kembang semangkuk laaa akak yang aku tak tau pon nama dia tu :p), nanti aku g belikan kihkih. Korang just bagi aku duit sabun + duit pos je. 

Selamat bersabun!!
Ok, bai




Sunday, November 10, 2013

Let go shawl!!

Assalamualaikum!

Arini aku nak let go shawl2 aku..td ngemas2 pastu aku decide nak jual..sebab ape? Sebab FH aku xbagi dh pakai shawl pendek2 ni..so aku pakai shawl jenis2 pashmina & yg tebal dan panjang je skrg..

Aku nak let go murah2 je..5 helai rm10 + free postage..skali nak kosongkan almari hehe..kalau nak contact aku laju2 tau..selagi stok masih ada ;) 0177282386

Friday, November 1, 2013

BLACK MORES Evening Primrose Oil



Saya nak jual!! :)

Untuk sapa2 yang rajin menjaga kesihatan dalaman dan luaran, dipersilakan untuk membeli Evening Primerose Oil jenama BLACK MORES ni dari aku.. dan sebenarnya aku bukan la ejen penjual, tapi aku jual ni sebab dah terbeli lebih byk sgt! :p so aku decided nak jual 2 botol besar ni.. 1 botol isinya 180 capsules.. so 2 botol, isinya 360 capsules.. aku nak jual 2 botol ni RM90 (free postage).. sila sms/wassap/wechat/chaton aku laju2! 017-7282386 (selagi stok masih ada! :p)

Evening Primerose Oil 1000 ni sesuai untuk wanita2 di luar sana dan juga di sini (aku la tu :p) yang mempunyai masalah kulit yang disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon. Capsule ni pon bagus untuk mengurangkan masalah2 rutin bulanan sebelum datangnya period atau bahasa best sket - gejala pra-haid.. Contohnya macam aku, kalau dah dekat2 nak period mesti asik laaaaaapooooo je.. so bila mkn Evening Primerose Oil (EPO) ni, boleh la kurangkan sket..

Senang cerita, EPO ni bagus untuk mengurangkan masalah hormon.. aku g jumpa doktor kat klinik & mmg doktor yang sarankan aku ubat ni.. aku je yg tamak g beli byk2.. pastu rasa macam lama sgt nak abes.. daripada expired, baik aku jual dl.. nnt dah abes, aku g bli yg lain hehehe..

sambung baca kat link ni okes => http://zaralife-hazimah.blogspot.com/2012/03/evening-primrose-oil-epo.html


:: ayat2 kat bawah ni aku copy.. sila la baca ye~ ::


APA ITU EPO.?

Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.

Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan,melancarkan peredaran haid,meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.


APA KEBAIKAN EPO.?

* Membantu mengawal atur kitaran haid.
* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
* Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.



Oenothera Glazioviana... Daripada bunga nilah terhasilnya EPO yang kita makan 2..

Saturday, October 12, 2013

:: Tutorial edit banner guna powerpoint ::

Ohh akhirnya.. aku dah tau cara nak edit guna power point hehe..

Ada sebab nape.. sebabnya pc aku kat office ni deorang lock, x bagi install unauthorized software (konon-kononnya x nak kena virus la.. puiii! =p) so, belek punya belek, aku decide nak edit guna power point je sbb mmg opkos la ada Microsoft Power Point dalam pc aku ni kan.. 

Cara-cara nak edit banner adalah seperti berikut :-

1. Download / save as dulu gambar yang korang nak guna jadikan banner blog korang okeh..
    - Pilih gambar yang berkenan di hati, pastu right click. Pilih 'save image as'


2. Buka Microsoft Power Point


3. Pilih Insert -> Picture

4. Pilih fail kat mana yg korang save gambar tadi. Pastu tekan 'Insert'.




STEP NO. 5 NI STEP KALAU NAK TAMBAH TULISAN KAT GAMBAR. KALAU X NAK TULIS PAPE BOLEH SKIP STEP NO. 5 & NO. 6 NI OK! :)

5. Haaa dah keluar gambar tadi kan. Cuba tekan kotak yang ada tanda no. 1 tu. Korang taip apa2 je (tukar la skali jenis tulisan & saiz tulisan). Kalau dah siap, tekan kotak no. 2 plak. Tulis la pape gak (kalau nak tulis laaaa~).


6. Haa ini la rupa kalau dah siap tulis.


7. Tekan butang 'Ctrl' kat keybod sambil click kotak2 tulisan dan gambar skali untuk pilih gambar yang nak save. Pastu right click pilih 'save as image'.


8. Tukar nama fail dekat kotak yang no. 1 tu. Bila dah siap, tekan save kat no. 2 tu okeh.


9. Dah siap! Org jawa kata, settle!!.. Kalau korang g kat tempat mana korang save gambar tadi pastu click kat nama fail tu, akan keluar gambar cam kat bwh ni. (Maksudnya dia dah jadi sebagai fail picture (either jpg, png, etc.))




Itu sahaja la ye tuan2 dan puan2. Selamat mencuba! 

** Ohhh boringnya kena kerja hari sabtu. Benci! Benci! Benci! :(



Saturday, August 17, 2013

Mari Cegah Jerawat!

Assalamualaikum..

Aku ni hari2 dok pening pikir pasal jerawat kat muka ni.. alhamdulillah sekarang dah ok sket.. kalo dulu, huihhh kalah jalan berlubang depan shell highway Perling - Pasir Gudang ni.. jerawat muka aku plak die ni pandai sket, tumbuh kat tempat2 tersembunyi.. bila pakai tudung mmg xnampak sebab die tumbuh kat ubun2 rambut, bawah telinga dan etc. hehehe..

Sebab2 jerawat ni tumbuh adalah dari kita punya habit pemakanan. Kalau mmg suka makan makanan yang berminyak, bergoreng, mmg suka sgtla jerawat ni tumbuh. Orang melayu kita ni plak mmg x lepas dari makanan bergoreng.. mana la tekak ni nak lalu buka puasa kalau xde kuih karipap sardin.. huihh mmg x selera! =p satu lagi penyebab jerawat ni adalah kerana jadual tidur yang x bagus.. selalu berjaga malam boleh membuatkan jerawat beranak pinak kat muka. 

Oleh itu mari kita tengok cara mencegah jerawat dengan izin Allah:


1. Selalu ganti sarung bantal

- Jangan jadi anak dara malas sgt! (mak aku bebel =p) ramai org x tau yang bila kita tidur guna sarung bantal yang sama berbulan2 boleh menjadi salah satu sebab jerawat.. habuk kat sarung bantal + air liur basi yang dah jadi peta harta karun tu.. hehe so rajin2 tukar sarung bantal busuk tu k.. at least seminggu sekali..


Ini bukan bantal aku okeh!! 
hehe aku pinjam gambar dari blog ni http://arwendanish.blogspot.com/.. 
hehe maceh untuk bantal yang cantek ni! =p



2. Pakai pencuci muka + toner

- Lagi elok kalau pencuci muka tu berasaskan susu, sebab apa? sebab susu pembersih boleh membersihkan sisa mekap, melembapkan kulit + memberi nutrisi yang lengkap pada kulit muka tuan2 dan puan2 sekalian. Kegunaan toner plak adalah untuk mengecilkan liang2 pori2 pada kulit muka supaya x ada kotoran dan habuk yang masuk dan terperangkap hingga boleh menjadikan jerawat. Rajin2 cuci muka!


3. Jangan tukar2 kosmetik

- Setia pada yang satu! jangan rajin2 tukar kosmetik sebab kesan bahan kimia pada kosmetik tu boleh menyebabkan kulit muka tidak sihat dan menyebabkan jerawat. Kulit muka setiap org ada sensitiviti yang tersendiri. Kalau rasa2 dah sesuai dengan 1 jenis tu, jangan gatal2 tukar lain okeh!


4. Scrub muka

- Tujuan scrub muka ni adalah untuk membersihkan pori2 muka. Jadikan amalan 'menyecrub' (oh mai god! =p) ni sebagai rutin diri. Pilih pore cleanser yang sesuai dgn kulit muka. Pori kulit yang bersih akan menjadikan kulit muka yang bersih!


5. Amalkan makan makanan yang membantu mencegah jerawat

- Kurangkan makanan yang berminyak dan lebihkan makanan yang boleh mencegah jerawat seperti buah-buahan (betik, pear & etc.). Jangan lupa banyakkan makan sayur dan minum air putih banyak2.


ᴥ ᴥ ᴥ ᴥ     Tips : Setiap 25kg berat badan perlu minum 1 Liter air.

              → ( BERAT BADAN / 25 ) = LITER AIR SEHARI


... Nak pakai Garnier biar cantik macam Lisa! ...


Thursday, August 15, 2013

Tips Kuruskan Badan

Pernah tak korang rasa tension, frust dan segala macam rasa sampai rasa nak baling gayung kat dinding bila korang dah diet tapi berat x nak turun dah? Badan kita ni pon kadang2 die ada macam ngade2 sket.. saje nak manje2 or die dah tau taktik kita nak bagi die kurus.. so die pon main2kan kita.. fenomena ni dalam bahasa canggihnya dipanggil ‘PLATEAU’. (dah mcm kuey teow plak bunyiknya =p)

So korang blh cuba 4 cara kat bawah ni untuk mengubah pola badan sendiri.. tapi perlu diingatkan, cara ni insyaAllah berkesan jika kita dah btol2 diet (kira kalori makanan seharian, exercise, elakkan makanan yang menggemukkan dan etc.). Kalo korang diet main2, makan xjaga, so cara-cara kat bawah ni mmg kompem x kan berkesan! Okeh~



1. Saje wat trick kat badan sendiri

- Ubah rutin harian. Contohnya kalau kita selalu jogging ataupon jalan2 anak di petang hari kat taman, cuba ubah cara senaman. Try la naik basikal ataupon main badminton. Mana la tau boleh celen ngn Azizul Hasni Awang pasni. Kalau kita dah selalu jogging, badan kita dah tau kita nak watpe pastu, so die dah x nak dah.. mungkin die jemu dah kot. Try pelbagaikan cara senaman.. Yang penting bykkan senaman kardio. Okeh!



2. Tingkatkan pengambilan protein dalam makanan seharian

- Apa contoh makanan2 yang berprotein tinggi? Ikan, daging, produk tenusu, kacang dan telur. Cuba ambil dengan kuantiti yang byk sket sebab protein dapat membantu badan dalam membakar lemak untuk menjadi tenaga. Protein adalah makanan yang lebih baik berbanding karbohidrat kerana karbohidrat yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dan akan membuatkan badan kita menjadi2 lemak bertingkek2!





3. Ubah pola pemakanan

- Hehe yang ni agak pelik sket. Orang nak diet suruh kontrol makan, tapi cara ni kena makan byk plak.. bukan maksud aku korang kena makan xhengat! Tapi ubah, ye ubah! Kalo sblm ni korang makan sket (of course la kan sbb katanya diet), so cuba makan dalam kuantiti yang byk. Ataupon makan 6x sehari. Mmg pelik tapi ini benar.. kita nak biarkan sistem dalam badan kita ni terkejut. So nnt insyaAllah korang akan nampak penurunan selepas lama die xnak turun. Tapi jgn wat cara ni lama2 tau.. bila dah nampak penurunan semula, mulakan balik cara makan diet yang korang biasa amalkan sebelum ni. Kang kalo dah syokkkk sgt makan byk2, abesla pengsan terus dietnya hehe.. Okeh!

4. Ubah jadual senaman / x payah senam sementara waktu

Yang ni pon sama lebih kurang macam cara no.3.. ubah jadual senaman ataupon kurangkan masa bersenam. Contohnya sebelum ni senam 8jam sehari (overnya bagi contoh! =p) so kurangkan jadi 2jam je ke.. ataupon try stop senam jap. Bagi yg sebelum ni just diet makan je tapi xsenam, try la senam. Bagi badan tu terkejut sket. Pastu kita tgk hasilnya. Yang ni pon pastikan jangan amalkan lama2.. kena rajin senam tau!!



Ok, selamat membaca dan mencuba!