Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Friday, April 18, 2014

Tutorial cara isi e-Filing LHDN

Assalamualaikum..

Huhuhu sebab aku susah tercari-cari cara nak isi e-Filing ni, so aku terus terniat nak tolong orang lain isi. Tak payah susah2 nak start enjin keta g kat LHDN pastu beratur lama2 nak tunggu turn nak isi kat komputer deorang. Kita pon ada internet apa kannnn? Tak yah pakai internet deorang (ayat berlagak huhhh!)

So far aku search kat tenet takde lagi tutorial ni. Memandangkan ni dah bulan April, so sila2kan la ye~.. Moga bermanfaat untuk anda semua! :)


1. Sila tekan link ni : https://e.hasil.gov.my/
    Bila keluar page macam kat bawah ni, klik kat 'Login e-Borang'





2. Untuk orang2 biasa macam aku, yang takde pendapatan dari punca perniagaan (maksud punca perniagaan ni adalah kalau kita berniaga atas nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ), sila klik 'Login' untuk 'e-Be'.


3. Masukkan No. IC untuk ruang yang atas tu. Kemudian, masukkan kata laluan kat ruang bawah tu. 
**Kebiasaannya pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan yang sama dengan nombor IC untuk mengelakkan pengguna tidak terlupa kata laluan.


4. Bila dah dapat login, akan keluar page macam kat bawah ni. Sila isi maklumat2 yang aku dah tanda bintang2 tu okei. Sila rujuk EA form anda untuk maklumat2 yang diperlukan. Dah siap semua, klik 'Teruskan'.
**No. akaun bank diperlukan untuk memudahkan urusan LHDN memulangkan semula lebihan bayaran cukai anda untuk tahun sebelumnya. Pastikan jangan lupa isi, kalau tak nanti anda kena g amek check kat LHDN, kena beratur lama2 hehe.. lecehkannnn~


5. Untuk isi page ni, rujuk EA form yang aku attach kat bawah ni.

- Untuk ruang pendapatan berkanun penggajian, isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 1 tu.
- Untuk ruang Ansuran/Potongan Cukai Bulanan (PCB), isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 2.

Dah siap, klik kat 'Teruskan'.


                                 

6. Page ni adalah ruang untuk anda nak claim pape untuk kurangkan jumlah bayaran cukai anda. Isi ikut perbelanjaan anda tapi PASTIKAN semua yang anda claim tu ada resit okei. Kalau tipu, tiba2 ada pegawai LHDN dtg audit, aiyooo tak tau!. So, isi dengan jujur okei.



7. Untuk ruang insurans nyawa dan KWSP, sila isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 3 tu okei. Pastu kalau anda ada bayar zakat, sila isi kat ruangan 'Zakat & Fitrah'. Kemudian, klik 'Teruskan'.



                                   

8. Bila dah selesai, akan keluar page ni untuk Rumusan Cukai. Yang ni tgk elok2 okei.

  • Sila rujuk 'Cukai Kena Dibayar Tahun Taksiran 2013'.Itu adalah jumlah cukai yang dikenakan pada anda untuk tahun tu.


  • Yang aku tanda nombor 1 tu, sistem bagitau ansuran potongan PCB. Maksudnya anda dah bayar kat LHDN (samaada melalui potongan gaji bulanan ataupon bayar sendiri.)


  • Ruang bertanda nombor 2 tu plak jumlah lebihan yang LHDN akan pulang balik pada kita. 

Contohnya, syarikat dah potong gaji anda bulan2 RM20 untuk bayar kat LHDN. Cukup setahun dah jadi RM240. Tapi bila kira balik, tgk2 cukai anda cuma RM50 je. Ada balance RM190 kan? So ruang nombor 2 ni akan tunjuk anda akan dapat balik Rm190 tu. LHDN akan pulang balik samaada melalui cash transfer ke dalam akaun yang anda dah bagi kat awal2 tadi ataupon anda kena g kat LHDN untuk ambil check.

Dah siap pastu klik 'Teruskan'.


9. Pastu akan keluar tab macam kat bawah ni plak. Sistem bagitau yang anda isi segala maklumat yang diperlukan (alamat emel, nombor akaun, dll.)
Klik 'OK' selepas anda menyemak segala maklumat tu adalah betul.



10. Bila keluar page yang ada butang tulis 'Tandatangan & Hantar', klik je pastu anda print la statement tu untuk rujukan akan datang.


Sekian, semoga membantu! :)








Saturday, October 12, 2013

:: Tutorial edit banner guna powerpoint ::

Ohh akhirnya.. aku dah tau cara nak edit guna power point hehe..

Ada sebab nape.. sebabnya pc aku kat office ni deorang lock, x bagi install unauthorized software (konon-kononnya x nak kena virus la.. puiii! =p) so, belek punya belek, aku decide nak edit guna power point je sbb mmg opkos la ada Microsoft Power Point dalam pc aku ni kan.. 

Cara-cara nak edit banner adalah seperti berikut :-

1. Download / save as dulu gambar yang korang nak guna jadikan banner blog korang okeh..
    - Pilih gambar yang berkenan di hati, pastu right click. Pilih 'save image as'


2. Buka Microsoft Power Point


3. Pilih Insert -> Picture

4. Pilih fail kat mana yg korang save gambar tadi. Pastu tekan 'Insert'.




STEP NO. 5 NI STEP KALAU NAK TAMBAH TULISAN KAT GAMBAR. KALAU X NAK TULIS PAPE BOLEH SKIP STEP NO. 5 & NO. 6 NI OK! :)

5. Haaa dah keluar gambar tadi kan. Cuba tekan kotak yang ada tanda no. 1 tu. Korang taip apa2 je (tukar la skali jenis tulisan & saiz tulisan). Kalau dah siap, tekan kotak no. 2 plak. Tulis la pape gak (kalau nak tulis laaaa~).


6. Haa ini la rupa kalau dah siap tulis.


7. Tekan butang 'Ctrl' kat keybod sambil click kotak2 tulisan dan gambar skali untuk pilih gambar yang nak save. Pastu right click pilih 'save as image'.


8. Tukar nama fail dekat kotak yang no. 1 tu. Bila dah siap, tekan save kat no. 2 tu okeh.


9. Dah siap! Org jawa kata, settle!!.. Kalau korang g kat tempat mana korang save gambar tadi pastu click kat nama fail tu, akan keluar gambar cam kat bwh ni. (Maksudnya dia dah jadi sebagai fail picture (either jpg, png, etc.))




Itu sahaja la ye tuan2 dan puan2. Selamat mencuba! 

** Ohhh boringnya kena kerja hari sabtu. Benci! Benci! Benci! :(



Tuesday, November 20, 2012

Tutorial letak link pada gambar dalam blog

Hello helooo helooooooo......
hehe kali ni aku nak ajar camne nak letak link/pautan pada gambar dalam blog...

Senang je tau.. ok, firstly g kat page korang.. pastu insert image yg nak di'upload'... sila lihat gambar di bawah yee~


Pastu akan keluar page seperti di bawah... klik kat 'Choose files' tu then pilih gambar yang korang nak upload kat file mana gambar tu disimpan...


ok, pastu klik kat gambar tu, then klik bahagian bawah tu ye...

Dah setel semuanya, klik lagi kat gambar tu sampai die jadi kaler biru pastu klik ikut no. 2 tu eh.. 


Masukkan url kat bahagian yang aku dah tanda no. 1 tu.. pastu tekan option no. 2 tu (pilih sama ada nak biar link yang korang letak tu keluar kat new window ataupon tak.. kalo xnak, xyah klik tu tau.. dah siap semua, klik OK...



dah siap dah pon.. kalo nak tgk korang punya link tu berjaya ke tak, try preview dulu k.. pastu klik gambar yang korang letak link tu.. aku pon ada letak link kat gambar2 dlm tutorial niehhh...

Selamat maju jaya!!! =)









Saturday, October 27, 2012

Tutorial khas untuk soalan : 'Kenapa iklan nuffnang xkeluar2??'

Hehehe seperti yg dijanjikan... aku nak share tutorial cara2 nak wat iklan nuffnang kuo kat blog korang (ni spesel dedicate utk sape2 yg dah paste code iklan dlm html blog tau)...

Firstly, log in kat akaun nuffnang korang.. pastu tgk sebelah kiri page.. ade nampak column BLOG MANAGER kan.. ok, klik anak panah MANAGE BLOGS tu.. pastu klik lagi kat MANAGE MY BLOGS..

ok, bila dah klik, page tu akan kuo korangnya blog details seperti nama blog, URL blog and bla bla bla.... pastu sila cari ADS PREFERENCES... pastu klik anak panah sblah die..

bila dah klik, die akan kuo pilihan jenis2 iklan.. ada 4 jenis iklan yang disediakan..

1. MINIMIZED ADS

yang ni untuk meminimakan saiz iklan.. so yg kuo kat blog cuma logo/teks je.. yg ni bertujuan untuk memendekkan masa sementara tunggu kempen berbayar.

2. DEFAULT ADS

Default Ads adalah iklan xberbayar bertujuan untuk mempromosikan Nuffnang sebagai komuniti periklanan blog pertama di Asia Pasifik.

3. CHARITY ADS

yang ni plak iklan untuk mempromosi pelbagai aktiviti kemanusiaan yang Nuffnang usahakan dalam suatu tempoh masa yang tertentu.. aktiviti2 kemanusiaan ni contohnya kempen menderma darah ke, cegah kanser ke etc....

4. SHOW GLOBAL CPC/CPA ADS

Pilihan yg ni adalah untuk memaparkan iklan CPC yg diluluskan. Kalo kita pilih jenis iklan ni, kita boleh memperolehi pendapatan sementara menunggu kempen CPM daripada Nuffnang. Kalo xde kempen CPC yg aktif bagi unit iklan tertentu, iklannya akan dikecilkan bagi memendekkan masa blog.

so, untuk membuatkan blog kita dpt memaparkan iklan setiap masa, sila pilih jenis iklan yg no. 4 tau.. dalam masa kita berblogging, kita dapat menambah pendapatan.. yeay!! =)

lepas dah siap smua, tekan 'SAVE CHANGES' utk save pilihan kita td..

dah setel!! =) itu saje.. bila reload page, nnt kuo la iklan2 nuffnang tu kat blog korang.. ikut kat mana korang letak iklan tu.. senang kan??? hehehe..

Selamat Mencuba!! =)

ok bai...