Showing posts with label hormon. Show all posts
Showing posts with label hormon. Show all posts

Friday, November 1, 2013

BLACK MORES Evening Primrose Oil



Saya nak jual!! :)

Untuk sapa2 yang rajin menjaga kesihatan dalaman dan luaran, dipersilakan untuk membeli Evening Primerose Oil jenama BLACK MORES ni dari aku.. dan sebenarnya aku bukan la ejen penjual, tapi aku jual ni sebab dah terbeli lebih byk sgt! :p so aku decided nak jual 2 botol besar ni.. 1 botol isinya 180 capsules.. so 2 botol, isinya 360 capsules.. aku nak jual 2 botol ni RM90 (free postage).. sila sms/wassap/wechat/chaton aku laju2! 017-7282386 (selagi stok masih ada! :p)

Evening Primerose Oil 1000 ni sesuai untuk wanita2 di luar sana dan juga di sini (aku la tu :p) yang mempunyai masalah kulit yang disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon. Capsule ni pon bagus untuk mengurangkan masalah2 rutin bulanan sebelum datangnya period atau bahasa best sket - gejala pra-haid.. Contohnya macam aku, kalau dah dekat2 nak period mesti asik laaaaaapooooo je.. so bila mkn Evening Primerose Oil (EPO) ni, boleh la kurangkan sket..

Senang cerita, EPO ni bagus untuk mengurangkan masalah hormon.. aku g jumpa doktor kat klinik & mmg doktor yang sarankan aku ubat ni.. aku je yg tamak g beli byk2.. pastu rasa macam lama sgt nak abes.. daripada expired, baik aku jual dl.. nnt dah abes, aku g bli yg lain hehehe..

sambung baca kat link ni okes => http://zaralife-hazimah.blogspot.com/2012/03/evening-primrose-oil-epo.html


:: ayat2 kat bawah ni aku copy.. sila la baca ye~ ::


APA ITU EPO.?

Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.

Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan,melancarkan peredaran haid,meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.


APA KEBAIKAN EPO.?

* Membantu mengawal atur kitaran haid.
* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
* Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.



Oenothera Glazioviana... Daripada bunga nilah terhasilnya EPO yang kita makan 2..

Monday, October 29, 2012

Seminggu selepas Norethisterone

Alhamdulillahhhhhh.....

Hehehehe aku dah selamat period smlm dengan jayanya.. alhamdulillah lpas seminggu makan norethisterone, 3 hari tepat lpas habis sepapan, period pon dtg..

sape2 yg ada masalah period, boleh la cuba ye.. mana tau, dengan izin Allah, masalah period tu boleh selesai.. Norethisterone ni jugak boleh membantu memecahkan cyst@ketumbuhan serta membetulkan kedudukan rahim (yg jatuh ke belakang) dengan selamat.. makan berterusan selama 3, 6 atau 9 bulan.. InsyaAllah xde kesan sampingan.. jgn lupa, sambil usaha tu kita berdoa mintak dipermudahkan segalanya k.. hehehe bahagianya rasa bila ABC ni.. (ABC = Allah Bagi Cuti hehehe)...

Ok bai... =)

Wednesday, October 24, 2012

Nothisterone ver. 2

Haaaa arini aku nak sambung tentang ubat Nothisterone.. Sila baca di bawah ye.. aku cedok dari blog Dr. Hamid Arshat, pakar kesuburan...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Ubat Norculut

Saya sering memberi ubat ini kepada pesakit2; ramai yang tertanya2 apakah ubat ini. Ubat ini adalah sejenis hormon progesterone (hormon wanita) yang yang dicerakin atau synthetic bukan asli. Nama sebenar ialah Norethisterone dan setiap tablet mengadungi 5 mg norethisterine. Ubat ini bertindak dalam rahim dan pada sistem kawalan hormon wanita.

Apakah Kegunaan Ubat Norculut?

1. Menangguhkan datang Haid
Untuk sesuatu tujuan saperti pergi Haji atau Umrah , bila makan tablet Norculut dari mula hingga akhir , ia membolihkan wanita buat amal ibadat saperti solat, wukuf diarafat dan buat umrah dalam seluruh tempoh waktu ia ditanah suci. Ada juga yang ingin berpuasa seluruh bulan ramadan tanpa diganggu haid. Norculut bolih tangguhkan haid sampai ke hari raya.

Ada juga yang ingin tangguhkan haid kerana ia akan bernikah, atau ia ingin berbulan madu diluar negara. Ada pula yang ingin tangguhkan haid utuk menghadapi ujian atau peperiksaan atau temu duga untuk satu jawatan penting dan jika ia sedang haid ia akan mengalami senggugut yang amat teruk, sakit kepala , muntah2 dan lain2 gejala. makan norculut bolih tangguhkan haid selama kita mahu tanpa apa2 kesan sampingan.

2. Untuk rawatan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
Rawatan terbaik untuk penyakit2 tersebut ialah pembedahan untuk buang cyst dan tumbuhan serta betulkan kedudukan rahim jika ia retroverted ( jatuh kebelakang kearah tulang tonking). Tetapi jika seseorang enggan bedah kerana munkin pernah dibedah sebelum ini atau atas sebab2 peribadi, pilihan lain ialah ubat norculut yang dimakan secara terus menerus selama 3, 6 atau 9 bulan. Ketika makan norculut pesakit tidak datang haid tapi tidak hamil. jika ia mahu hamil, berhenti ubat lepas 3 bulan dan cuba hamil selama 3 bulan. Lepas makan norculut dan berhenti, pesakit akan mengalami 'rebound fertility'.

3. Merawat 'hormon imbalance' Prenstrual tension (PMS) dan menopos.
Norculut digunakan untuk berbagai masalah wanita. Pada wanita yang sering mengalami kitaran haid tidak teratur, perdarahan tidak tentu masa dalam kitaran haid, norculut bolih digunakan untuk membetulkan kitaran haid. Begitu juga bagi mereka yang mengalami gejala2 PMS saperti migraine, loya, bengkak kaki , moody dan lain2. Norculut bolih juga digunakan sebagai hormon gantian pada wanita menopos.


Rawatan Kesuburan

Dalam beberapa situasi norculut digunakan, saperti bagi pesakit PCOS yang tidak datang haid, norculut diberikan selama 7 - 10 hari, haid akan datang 3-4 lepas habis norculut. Bila haid bermula, ubat subur clomid bolih mula di makan pada hari ke 2-3 haid. Jika ia hamil sedang makan norculut, ubat ini ada kesan menguatkan kehamilan dan tiada kesan sampingan kepada janin.
Ada kalanya haid tidak keluar sebab karung telor (follicle) tidak pecah sewaktu penetasan berlaku dan ia menimbulakan tumbuhan follicular cyst yang biasanya memengadungi air, rawatan dengan norculut 2 biji sehari selama 20 hari boloh memecahkan cyst tersebut tanpa kesan sampingan.
Bagi mereka yang tidak subur sebab 'corpus lueal defects' disebabkan kurang hormon progesterone, duphaston atau norculut bolih diberikan mulai hari ke 20 selama 7 - 10 hari.


Dos Norculut dan jangka masa makan ubat.

Untuk kebanyakan situasi yang saya nyatakan diatas, dos norculut ialah 2 biji (10 mg) dimakan 2 kali sehari selama tempoh yang diperlukan, saperti 40-50 hari untuk pergi haji, 10-20 hari untuk umrah, Jika berlaku perdarahan walaupun mengikuti dos yg dicadangkan, tingkatkan dos dengan makan 3 -4 kali sehari sehingga perdarahan berhenti dan teruskan makan 2 kali sehari sampai pulang ketanah air.