Wednesday, June 5, 2013

Hilangnya permata kami

Assalamualaikum..

Lama aku x menulis.. semenjak pemergian adik, aku xpnah lagi bukak blog.. arini selepas 2 bulan setengah dikya pergi, aku kembali menulis.. moga dikya tenang di sana.. 

Sesungguhnya aku rindu sgt ngn dikya.. terasa lagi panas muntah dikya kat tangan aku.. terbayang2 gelak sama2 kat wad hospital.. sangat syahdu.. dikya sgt cepat tinggalkan kami.. 16 Mac 2013, aku terkedu, xmampu nak fikir bila doktor kata dikya dah xde.. aku tau Tuhan syg dikya lebih dari kami syg dia.. aku redha, aku pasrah dgn takdir.. tapi dlm hati aku ttp merasakan dikya ada dkat ngn aku..


Abah - 

Sampai ke hari ini, saat ini xpernah sekali pon miss setiap hari ziarah kubur dikya.. bacakan yasin dan doa untuk anak kesayangannya.. anak yang selalu jadi kawan gaduh.. tapi bila dikya sebut berkali2 'kite syg abah' sebelum dikya pergi, itu yang menjadi penyebab kesayuan yang paling dalam, dalam hati abah.. susah nak selami hati seorang lelaki bernama abah.. tapi setiap kali kami solat berjemaah waktu maghrib di rumah, abah akan tersedu menangis sendiri.. tabahla abah, moga dikya tenang di sana....


Mak -

Mak yang aku kenal orangnya tersangat tabah.. aku sungguh hormati dan kagumi ketabahan mak.. sejak dari kecil usianya, sangat byk mengharungi keperitan hidup.. itu yang buat satu2nya mak aku di dunia ni org yang terlalu tabah dalam menghadapi apa jua dugaan dari tuhan.. semenjak dikya pergi, mak xhenti2 selsema.. selsema yang berpanjangan.. mungkin mak menahan kesayuan jauh di sudut hati.. aku xpasti.. tapi setiap kali kami bicarakan tentang dikya, pasti dan aku sangat pasti air mata mak akan mengalir lembut di hujung mata jatuh ke pipi tuanya.. (aku xmampu menaip dengan tenang, air mataku juga mengalir laju.. ohh dikya).. moga mak tetap tabah.. kami akan jadi anak yang baik untuk mak dan abah walaupun kami xmampu nak gantikan seorang dikya untuk mak dan abah..


Along, Angah, Iji, Dikyi -

Masing2 cuba tabahkan hati untuk terima ketiadaan dikya.. sangat terasa kehilangan dikya yang sangat manja - anak perempuan bongsu dalam keluarga.. rasa sunyi tanpa mendengar rengekan ngade2 dikya, masakan dikya yang sedap2 belaka, bunyi telefon bila dikya telefon saje nak tanya khabar adik beradiknya yang lain.. dikya tetap dalam hati kami sampai bila pon masih tetap di sini....


Aku -

Masih tercari2 hidup aku lepas dikya xde.. aku sgt2 rindu ngn dikya.. terasa kosong hidup ni tanpa dikya.. aku mengaku, bukan setiap masa aku ikhlas jaga dikya semasa sakit.. bukan aku xrela, tapi terkadang badan aku dah mula rasa sakit2 bila setiap hari tidur kat kerusi malas, bukan atas tilam empuk.. bukan aku xrela, tapi terkadang aku terasa susahnya aku nak menjaga aurat semasa di hospital.. tapi jauh di sudut hati, aku tau dikya pon xmintak untuk dapat sakit macam tu.. aku faham perasaan dikya.. die pon xnak susahkan semua org.. sbb tu bila masa die rasa die ada sedikit kekuatan untuk bangun berjalan sendiri, semua benda die wat sendiri tanpa bantuan sape2 pon.. cekalnya dikya menghadapi ujian tuhan.. aku halalkan dan aku ikhlaskan apa saja untuk dikya, moga dikya bahagia di sana..

Diari dikya masih dalam simpanan.. setiap kali baca, setiap kali itulah merembes air mata ini.. sungguh dikya xnak susahkan siapa2.. sebab tu die pergi terlalu cepat.. tapi dikya tinggalkan kami dengan kerinduan dan kesayuan yang sangat dalam.. kami kehilangan.. kami kesepian tanpa dikya.. tapi kami tahu, Tuhan lagi sygkan dikya.. terima kasih tuhan kerana bagi pinjam dikya pada kami walaupun hanya sedikit masa.. terima kasih tuhan kerana Kau sygkan dikya kami.. terima kasih tuhan..

Aku dah xmampu menaip lagi.. semakin xnampak huruf di keyboard dek kerana air mata yang bertakung.. moga dikya tenang di sana.. kokde harap sgt dpt jumpa dikya lagi.. dtgla dlm mimpi kokde.. kokde rindu btol ngn dikya.. 


Salam syg untuk dikya~


SUFI SOLEHA BINTI SUPIAN
27 Mei 1991 ~ 16 Mac 2013
Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL)
ICU Barat, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Thursday, March 7, 2013

Tutorial menabung di ASB melalui Maybank2u


Assalamualaikumm...

Arini aku nak share cara2 camne nak tambah pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputera) melaui Maybank2u.. Senang dan mudah tau sebab :

1)     Tidak perlu beratur panjang2
2)     Tidak perlu berebut nombor
3)     Tidak perlu lenguh2 tangan nak isi borang tambah pelaburan
4)     Tidak perlu risau nak cari pen @ pinjam pen org sebelah
5)     Membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas.. Peace! =)

Sekarang kan semuanya di hujung jari.. so let start our tutorial today.

Syarat2 utk tambah pelaburan ASB melalui maybank2u :

1)     Dah ada akaun ASB (ini sangat penting!)
2)     Dah ada akaun maybank2u (ini juga sangat penting!)
3)     Ada connection internet hehehe

Ok, firstly login maybank2u anda.. masukkan username dan pastikan secret code betul baru masukkan password ok..






Kemudian pergi ke bahagian investment pastu pilih ASNB Unit Trust.



Anda akan nampak page yang ada ayat2 summary.. Kemudian tekan butang ‘add’ kat bahagian bawah sebelah kanan tu..



Pastu akan keluar page, ada option untuk register ‘Amanah Saham 1 Malaysia’ dan ‘Amanah Saham Bumiputera’.. So pilih la option yang ke-2 tu ye..pastu klik butang ‘continue’ bwh tu..



Pastu die akan keluar page yang ada ayat panjang2.. baca dan pahamkan syarat2 dan risikonya.. dah siap baca, cuma tick ruang 4segi kecik yang kosong tu dan tekan ‘continue’..



Ok, sekarang dah sampai stage utk register akaun ASB anda.. die akan keluar page yg ada ruangan2 utk diisi..

1st kali isi membership no tu dgn nombor akaun ASB anda yg tertera dlm buku akaun.. pastikan xsalah isi tau.. masukkan 9 digit no akaun.. kalo ada angka 0 kat dpn nombor akaun tu, masukkan skali..

Pastu kat ruang member’s ID no, masukkan no IC baru anda, contohnya 750032xxxx..

Dan kat ruang yang terakhir tu masukkan nama penuh berdasarkan nama kat dalam buku akaun ASB..


Pastu member’s ID type tu pilih option ‘New IC’ ok.. kemudian tekan butang ‘continue’..



Kemudian akan keluar page untuk kompemkan semua maklumat yang diisi tadi.. Semak semuanya, kalo betul request TAC no.

Masukkan TAC pastu click confirm..



Ok, dah siap.. nnt dia akan keluar page bgtau yg request utk register akaun ASB tu 'pending'.. proses ni akan ambil masa 24 jam atau 1 hari bekerja untuk siap diregisterkan..


Camne nak tau dah confirm ke belum? Ok, lpas 24 jam, check balik akaun maybank2u, tgk status.. kalo dah confirm die akan tulis ‘Active’ dgn warna hijau (sila lihat gambar di bawah)..

Hmm mari kita teruskan dengan cara2 utk menambah pelaburan di ASB..
Pertama sekali, click kat bahagian atas tu ‘ASNB Payment’..
Pilih option ‘Amanah Saham Bumiputera’ pastu klik ‘Continue’..


Pastu dia akan keluar ayat panjang2, sila baca dan tick ruang petak kecik kat bahagian bawah tu.. pastu klik ‘continue’..



Masukkan amount berapa yang kita nak tambah dalam pelaburan. Pastikan dalam nilai ringgit.. nilai sen tidak dibenarkan..

Contohnya, maybank hanya terima nilai RM100, RM101, RM5002.. kalo RM100.20, RM500.60 dan sebagainya tu tidak diterima.. kemudian klik ‘continue’..


Pastu die akan keluar page utk confirmkan.. Pastikan semuanya betul dan klik confirm..




Dah siap!! =)  Tapi setakat ni maybank xde offer lagi untuk membolehkan kita check baki dalam akaun ASB dan xde offer utk keluarkan duit dari akaun ASB.. Cuma boleh masukkan je.. kalo nak check pelaburan, kena g kat maybank atau mana2 ejen ASB contohnya pejabat pos ke utk kemaskini buku akaun ASB..

Oh ye, lupa plak nak bgtau.. setiap transaksi ni akan dikenakan cas RM1 daripada akaun maybank anda.. dan kalo nak kemaskini buku akaun ASB utk pelaburan tambahan melalui maybank2u, hari keesokannya je baru boleh kemaskini (hmm nape ayat aku tunggang terbalik ni =p).. ok, contohnya kalo anda tambah pelaburan melalui maybank2u arini, esok baru anda boleh g kat pejabat pos utk kemaskini buku akaun ASB nak tgk sama ada duit tu dah masuk dalam akaun ataupon belum..

Orait?? Sebarang pertanyaan sila tinggal komen ok..

XOXO =) 

Sunday, February 17, 2013

3 Rock Lagenda Bergabung!!

Hehe lambat plak update.. Akhirnya dah lepas dah hari yang ditunggu2 dan aku pon dah dpt seprais kat abg hehe..

Bez gile woooo.. Xtipu! Sblm 3kumpulan gergasi tu start, ade 2 band wat performance.. Aku pon xpasti band ape, xpnah tgk.. Maybe indi band kot.. Tapi bez gak, deorg bwk lagu Arjuna - Tomok tu tp jadi rock.. Siyes bez!

1st grup MAY.. mmg kencang.. Sakit telinga aku yg tersumbat xbaik2 ni ngn bunyi gitaq karen.. Then Lefthanded.. Layan je Man Keedal goreng gitar die hehe.. And lastly baru la Sweet charity.. Sweet sgt haha.. Bila Papa Rock naik pentas je, semua bersorak.. Hehe abg sengih je dok sblh aku.. Layan la tu kuikui..

Oh ye lupa plak.. Sblm start konsert, ada Que Haidar, Sofi Jikan n sape ntah sorang lagi promo filem baru Rock Oo!.. Hehe minat btol aku ngn sofi jikan tu.. Siap nyanyi lagu Zul Kapan - Hari2 makan megi :-P.. 28hb Februari ni kuo kat panggung.. Aku dah cop nak tgk.. Kumpulan Lipan Bara hehe..



Saturday, February 9, 2013

Melanox Hydroquinone 2%


Aku nak kongsi tentang 1 ubat nama Melanox Hydroquinone 2%.. Hmm ubat ni blh digunakan untuk sape2 yang ada masalah tentang warna kulit yang xsekata, atau dalam istilah perubatannya hiperpigmentasi. Hiperpigmentasi ni boleh terjadi dari pelbagai faktor, blh rujuk entri aku sebelum ni tentang hiperpigmentasi. 

Kita ni jadi perempuan mesti nak cantik2 kan.. kalo ade yang xkena sket tu mula la rasa xbez.. so, Melanox ni boleh la digunakan bagi sape2 yang ada masalah leher hitam, ketiak dan celah peha yang hitam. Sapu nipis rata2 kat tempat yang ada masalah tu. InsyaAllah dalam masa 3 bulan akan nampak kesannya. Yang penting kena rajin sapu dan istiqamah =) 

Ubat ni boleh dapat kat farmasi atau g consult sendiri ngn doktor pakar kulit untuk keterangan lanjut. jangan risau, ubat ni ok sebab kandungan Hydroquinone masih dalam kawalan. Takat yang dibenarkan Kementerian Kesihatan adalah 2% ~ 4%. So, jgn risau ye hehe.. Untuk sape2 yang nak tau lebih tentang hydroquinone, boleh baca kat bawah ni ye.. aku dah copy baekkk punyo~  wink2





APAKAH ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaanhydroquione adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnyahydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.

BAGAIMANA HYDROQUINONE DIGUNAKAN?

Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Ia tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.

Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4 - 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.

Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4 - 6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan. Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.

MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?

Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.

Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan berkurangan.


Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar di atas). Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.

Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan. 


KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE SELEPAS MENGGUNAKANNYA

-          Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
-          Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
-          Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
-          Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.
-          Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.
-          Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.
Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar. 


APAKAH ITU TRETINOIN?

Merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris).

KESAN SAMPINGAN TRETINOIN

-          Rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitive kepada cahaya ultra violet.

Kesan jangka panjang produk yang mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaanya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerah-merahan selepas memakainya.

Dan nasihat yang dikeluarkan, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.

Kenyataan ini diambil dari laman web Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.



AMARAN!!
  • Jangan guna pada kulit yang sunburn, kering, pecah2, atau ada  luka, berair, etc.
  • Jangan sapu pada kulit yang memiliki masalah alergi.
  • Jauhkan dari menggunakan pada bahagian mata, bibir & hidung.


Hiperpigmentasi kulit

Assalamualaikumm..

Hmmm arini aku nak kongsi maklumat tentang hiperpigmentasi. Sebelum tu, apa tu hiperpigmentasi?

Hiperpigmentasi ni adalah proses atau penggelapan area kulit atau kuku yang disebabkan oleh melanin dalam tubuh kita yang meningkat.. Melanin ni pula dihasilkan oleh melanosit pada lapisan bawah epidermis kulit.. Haissshh pening aku istilah2 doktor ni.. cuba la wat nama yang senang sket aku nak sebut, xde la terbelit2 lidah ni..


Org2 Asia, Afrika (bukan yg kulit sgt gelap tu ye, tu mmg semulajadi hehe) dan org Mediteranean lebih cepat terdedah kepada masalah hiperpigmentasi ni lebih2 lagi jika terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan.. Sbb tu la bila kita ni kena berjemur di panas matahari, pastikan kita pkai sun-block untuk menghalang pigmentasi berlaku.. tapi utk pengetahuan semua, hiperpigmentasi ni tidak berbahaya pada manusia =) ianya cuma penggelapan kulit je.. tapi yelah, lagi2 kita ni pompuan kan, bila kaler kulit tu nampak pelik je, mesti dah start pening.. yela, kalo muka putih tapi leher itam, ape kes??



Faktor penyumbang kepada hiperpigmentasi ni adalah :

  • Kerosakan akibat terdedah kepada cahaya matahari
  • Keradangan atau kulit tercedera
  • Genetik
  • Perubahan hormon
  • Kebersihan
  • Pergeseran kulit yang kerap


Untuk org2 yang ada tanda lahir, kawasan leher, ketiak, celah peha berwarna sedikit gelap, maksudnya mereka mempunyai masalah hiperpigmentasi ni.. ada pelbagai cara utk mengembalikannya kepada warna asal kulit.. Either try consult dgn doktor kulit atau g kat farmasi tny ubat apa yg sesuai.. pastikan semua ubat2 tu mengikut nasihat pakar ok.. jgn pandai2 tau.. nnt kang lain plak yg jadi..





Friday, February 8, 2013

Terminal Pengangkutan Awam Larkin

Hmmm ramai btol yang nak blk sempena cuti raya cina ni.. Maaaaacam2 org blh jumpa time ni.. Yang putih, yang itam, yang idong mancung, yang pesek, yang bulu mata biru (ade ehh? Hehe).. Nasib baik la aku xyah beli tiket nak blk kampung.. Sekangkang kera je dh sampai (kalo kera tu tinggi KLCC la hehe)..
Actually aku g Larkin sbb nak anto housemate aku nek bas. Nad nak blk Kelantan. Nasib baik sempat, kalut2 gak tadi tu. Huiiii ramai beno org kat sini. Teringat time2 blajo kat KL dl. Letihnya nak mengharungi lautan manusia kat pudu tu. Alhamdulillah skrg dah ada keta, dah xyah nak meredah org2 yang tersangat la ramainya ni.
Hmm moga nad selamat sampai pegi n balik. Jangan lupa jln blk sini hehe..
Xoxo,
B ( :-P )
Psst nad, kirim salam apek laki leuniey ehh ;-)

Selamat Tahun Baru Cina!!

Uuu mood cuti suda marii yeah!! Tapi aku masih kena keje bsk.. Apela nasib badan.. Semua org dh start cuti.. Aku gak yg kena jaga opis nih.. Tensen!

Hmm tadi dapat angpau spesel dr Asst. Managing Director - Murakami san.. Skali ngn limau sebijik.. Yg beznya aku suka ngn sampul angpau tu.. Mmg nampak mewah hehe.. Sampul bank of Tokyo-Mitsubishi.. Aku xbukak pob lagi xtau bape isi dalam.. Even die xcelebrate chinese new year ni tapi die ttp igt kat staff die.. Hehe arigato gozaimass!!

Aku cuti seminggu.. Boleh balik kampung horay2! Boring woo keje skrg.. Bosan dgn kipas angin bergerak ni.. Tapi aku rasa ni dah tahap aircond,bkn kipas lg.. Kemain sejuk lagi hehe..
Ok la, mau kemas2.. Tomolo i kije lagi.. Selamat menyambut tahun baru cina utk kwn2 yg beragama Buddha..

Adios!