Friday, November 1, 2013

BLACK MORES Evening Primrose Oil



Saya nak jual!! :)

Untuk sapa2 yang rajin menjaga kesihatan dalaman dan luaran, dipersilakan untuk membeli Evening Primerose Oil jenama BLACK MORES ni dari aku.. dan sebenarnya aku bukan la ejen penjual, tapi aku jual ni sebab dah terbeli lebih byk sgt! :p so aku decided nak jual 2 botol besar ni.. 1 botol isinya 180 capsules.. so 2 botol, isinya 360 capsules.. aku nak jual 2 botol ni RM90 (free postage).. sila sms/wassap/wechat/chaton aku laju2! 017-7282386 (selagi stok masih ada! :p)

Evening Primerose Oil 1000 ni sesuai untuk wanita2 di luar sana dan juga di sini (aku la tu :p) yang mempunyai masalah kulit yang disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon. Capsule ni pon bagus untuk mengurangkan masalah2 rutin bulanan sebelum datangnya period atau bahasa best sket - gejala pra-haid.. Contohnya macam aku, kalau dah dekat2 nak period mesti asik laaaaaapooooo je.. so bila mkn Evening Primerose Oil (EPO) ni, boleh la kurangkan sket..

Senang cerita, EPO ni bagus untuk mengurangkan masalah hormon.. aku g jumpa doktor kat klinik & mmg doktor yang sarankan aku ubat ni.. aku je yg tamak g beli byk2.. pastu rasa macam lama sgt nak abes.. daripada expired, baik aku jual dl.. nnt dah abes, aku g bli yg lain hehehe..

sambung baca kat link ni okes => http://zaralife-hazimah.blogspot.com/2012/03/evening-primrose-oil-epo.html


:: ayat2 kat bawah ni aku copy.. sila la baca ye~ ::


APA ITU EPO.?

Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.

Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan,melancarkan peredaran haid,meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.


APA KEBAIKAN EPO.?

* Membantu mengawal atur kitaran haid.
* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
* Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.



Oenothera Glazioviana... Daripada bunga nilah terhasilnya EPO yang kita makan 2..

Saturday, October 12, 2013

:: Tutorial edit banner guna powerpoint ::

Ohh akhirnya.. aku dah tau cara nak edit guna power point hehe..

Ada sebab nape.. sebabnya pc aku kat office ni deorang lock, x bagi install unauthorized software (konon-kononnya x nak kena virus la.. puiii! =p) so, belek punya belek, aku decide nak edit guna power point je sbb mmg opkos la ada Microsoft Power Point dalam pc aku ni kan.. 

Cara-cara nak edit banner adalah seperti berikut :-

1. Download / save as dulu gambar yang korang nak guna jadikan banner blog korang okeh..
    - Pilih gambar yang berkenan di hati, pastu right click. Pilih 'save image as'


2. Buka Microsoft Power Point


3. Pilih Insert -> Picture

4. Pilih fail kat mana yg korang save gambar tadi. Pastu tekan 'Insert'.




STEP NO. 5 NI STEP KALAU NAK TAMBAH TULISAN KAT GAMBAR. KALAU X NAK TULIS PAPE BOLEH SKIP STEP NO. 5 & NO. 6 NI OK! :)

5. Haaa dah keluar gambar tadi kan. Cuba tekan kotak yang ada tanda no. 1 tu. Korang taip apa2 je (tukar la skali jenis tulisan & saiz tulisan). Kalau dah siap, tekan kotak no. 2 plak. Tulis la pape gak (kalau nak tulis laaaa~).


6. Haa ini la rupa kalau dah siap tulis.


7. Tekan butang 'Ctrl' kat keybod sambil click kotak2 tulisan dan gambar skali untuk pilih gambar yang nak save. Pastu right click pilih 'save as image'.


8. Tukar nama fail dekat kotak yang no. 1 tu. Bila dah siap, tekan save kat no. 2 tu okeh.


9. Dah siap! Org jawa kata, settle!!.. Kalau korang g kat tempat mana korang save gambar tadi pastu click kat nama fail tu, akan keluar gambar cam kat bwh ni. (Maksudnya dia dah jadi sebagai fail picture (either jpg, png, etc.))




Itu sahaja la ye tuan2 dan puan2. Selamat mencuba! 

** Ohhh boringnya kena kerja hari sabtu. Benci! Benci! Benci! :(



Saturday, August 17, 2013

Mari Cegah Jerawat!

Assalamualaikum..

Aku ni hari2 dok pening pikir pasal jerawat kat muka ni.. alhamdulillah sekarang dah ok sket.. kalo dulu, huihhh kalah jalan berlubang depan shell highway Perling - Pasir Gudang ni.. jerawat muka aku plak die ni pandai sket, tumbuh kat tempat2 tersembunyi.. bila pakai tudung mmg xnampak sebab die tumbuh kat ubun2 rambut, bawah telinga dan etc. hehehe..

Sebab2 jerawat ni tumbuh adalah dari kita punya habit pemakanan. Kalau mmg suka makan makanan yang berminyak, bergoreng, mmg suka sgtla jerawat ni tumbuh. Orang melayu kita ni plak mmg x lepas dari makanan bergoreng.. mana la tekak ni nak lalu buka puasa kalau xde kuih karipap sardin.. huihh mmg x selera! =p satu lagi penyebab jerawat ni adalah kerana jadual tidur yang x bagus.. selalu berjaga malam boleh membuatkan jerawat beranak pinak kat muka. 

Oleh itu mari kita tengok cara mencegah jerawat dengan izin Allah:


1. Selalu ganti sarung bantal

- Jangan jadi anak dara malas sgt! (mak aku bebel =p) ramai org x tau yang bila kita tidur guna sarung bantal yang sama berbulan2 boleh menjadi salah satu sebab jerawat.. habuk kat sarung bantal + air liur basi yang dah jadi peta harta karun tu.. hehe so rajin2 tukar sarung bantal busuk tu k.. at least seminggu sekali..


Ini bukan bantal aku okeh!! 
hehe aku pinjam gambar dari blog ni http://arwendanish.blogspot.com/.. 
hehe maceh untuk bantal yang cantek ni! =p



2. Pakai pencuci muka + toner

- Lagi elok kalau pencuci muka tu berasaskan susu, sebab apa? sebab susu pembersih boleh membersihkan sisa mekap, melembapkan kulit + memberi nutrisi yang lengkap pada kulit muka tuan2 dan puan2 sekalian. Kegunaan toner plak adalah untuk mengecilkan liang2 pori2 pada kulit muka supaya x ada kotoran dan habuk yang masuk dan terperangkap hingga boleh menjadikan jerawat. Rajin2 cuci muka!


3. Jangan tukar2 kosmetik

- Setia pada yang satu! jangan rajin2 tukar kosmetik sebab kesan bahan kimia pada kosmetik tu boleh menyebabkan kulit muka tidak sihat dan menyebabkan jerawat. Kulit muka setiap org ada sensitiviti yang tersendiri. Kalau rasa2 dah sesuai dengan 1 jenis tu, jangan gatal2 tukar lain okeh!


4. Scrub muka

- Tujuan scrub muka ni adalah untuk membersihkan pori2 muka. Jadikan amalan 'menyecrub' (oh mai god! =p) ni sebagai rutin diri. Pilih pore cleanser yang sesuai dgn kulit muka. Pori kulit yang bersih akan menjadikan kulit muka yang bersih!


5. Amalkan makan makanan yang membantu mencegah jerawat

- Kurangkan makanan yang berminyak dan lebihkan makanan yang boleh mencegah jerawat seperti buah-buahan (betik, pear & etc.). Jangan lupa banyakkan makan sayur dan minum air putih banyak2.


ᴥ ᴥ ᴥ ᴥ     Tips : Setiap 25kg berat badan perlu minum 1 Liter air.

              → ( BERAT BADAN / 25 ) = LITER AIR SEHARI


... Nak pakai Garnier biar cantik macam Lisa! ...


Thursday, August 15, 2013

Tips Kuruskan Badan

Pernah tak korang rasa tension, frust dan segala macam rasa sampai rasa nak baling gayung kat dinding bila korang dah diet tapi berat x nak turun dah? Badan kita ni pon kadang2 die ada macam ngade2 sket.. saje nak manje2 or die dah tau taktik kita nak bagi die kurus.. so die pon main2kan kita.. fenomena ni dalam bahasa canggihnya dipanggil ‘PLATEAU’. (dah mcm kuey teow plak bunyiknya =p)

So korang blh cuba 4 cara kat bawah ni untuk mengubah pola badan sendiri.. tapi perlu diingatkan, cara ni insyaAllah berkesan jika kita dah btol2 diet (kira kalori makanan seharian, exercise, elakkan makanan yang menggemukkan dan etc.). Kalo korang diet main2, makan xjaga, so cara-cara kat bawah ni mmg kompem x kan berkesan! Okeh~



1. Saje wat trick kat badan sendiri

- Ubah rutin harian. Contohnya kalau kita selalu jogging ataupon jalan2 anak di petang hari kat taman, cuba ubah cara senaman. Try la naik basikal ataupon main badminton. Mana la tau boleh celen ngn Azizul Hasni Awang pasni. Kalau kita dah selalu jogging, badan kita dah tau kita nak watpe pastu, so die dah x nak dah.. mungkin die jemu dah kot. Try pelbagaikan cara senaman.. Yang penting bykkan senaman kardio. Okeh!



2. Tingkatkan pengambilan protein dalam makanan seharian

- Apa contoh makanan2 yang berprotein tinggi? Ikan, daging, produk tenusu, kacang dan telur. Cuba ambil dengan kuantiti yang byk sket sebab protein dapat membantu badan dalam membakar lemak untuk menjadi tenaga. Protein adalah makanan yang lebih baik berbanding karbohidrat kerana karbohidrat yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dan akan membuatkan badan kita menjadi2 lemak bertingkek2!





3. Ubah pola pemakanan

- Hehe yang ni agak pelik sket. Orang nak diet suruh kontrol makan, tapi cara ni kena makan byk plak.. bukan maksud aku korang kena makan xhengat! Tapi ubah, ye ubah! Kalo sblm ni korang makan sket (of course la kan sbb katanya diet), so cuba makan dalam kuantiti yang byk. Ataupon makan 6x sehari. Mmg pelik tapi ini benar.. kita nak biarkan sistem dalam badan kita ni terkejut. So nnt insyaAllah korang akan nampak penurunan selepas lama die xnak turun. Tapi jgn wat cara ni lama2 tau.. bila dah nampak penurunan semula, mulakan balik cara makan diet yang korang biasa amalkan sebelum ni. Kang kalo dah syokkkk sgt makan byk2, abesla pengsan terus dietnya hehe.. Okeh!

4. Ubah jadual senaman / x payah senam sementara waktu

Yang ni pon sama lebih kurang macam cara no.3.. ubah jadual senaman ataupon kurangkan masa bersenam. Contohnya sebelum ni senam 8jam sehari (overnya bagi contoh! =p) so kurangkan jadi 2jam je ke.. ataupon try stop senam jap. Bagi yg sebelum ni just diet makan je tapi xsenam, try la senam. Bagi badan tu terkejut sket. Pastu kita tgk hasilnya. Yang ni pon pastikan jangan amalkan lama2.. kena rajin senam tau!!



Ok, selamat membaca dan mencuba! 

Menyambung hobi yang tergendala....

Assalamualaikum..

Rasanya masih belum lambat aku nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yg beragama Islam.. Maaf xde entry raya utk tahun ni sbb kami sekeluarga masih bersedih..

Dari semalam aku dok sibuk mengdonlod cite.. baru jumpa website baru utk donlod.. tapi yg xbeznya sbb xde sangat cite melayu disebabkan SKMM dah wat siasatan pasal upload cite2 secara haram ni.. byk gak website yg dah ditutup.. sedeyyy! so sape nak donlod cite ompteh tu, still blh lagi..

Mari click kat sini utk donlod ---> website untuk donlod

Selamat mencuba!! :)

Friday, July 5, 2013

My home town is Okayama =p

Assalamualaikum....

Post kali ni fresh dari Okayama hehehe.. yup, I am in Okayama, Japan right now.. as this is my second time here, so i feel its more easy and comfortable for me to going around and sight seeing.. dan yang paling mencabar adalah kali ni aku g sorang2.. apa yang dapat aku ckp adalah, wow!! sorang anak malaysia muslim ada kat bumi okayama ni..

dah rasa macam artis.. aku xtipu.. mana2 aku g mesti orang tengok je aku.. sebabnya aku sorang je yang pakai tudung kat sini..setakat 2x kali aku datang sini, aku belum pernah terserempak lagi dengan mana2 org yang pakai tudung..pengalaman mlm tadi sampai ada 2 school boys ngendap aku kat tingkap restoran sushi masa aku tgh makan sushi pakai chop stick.. cud u imagine that.. btol x rasa macam retissss hehehehe...

hari 1st aku kat sini, aku dpt rasa naik Shinkansen (bullet train)..wow! mmg laju gile.. kelajuan shinkansen ni boleh mencecah 200km/jam.. sebab tu la sepatutnya kalo aku naik bas dari Kansai airport ke Okayama amek masa dalam 3~4jam.. tapi bila naik shinkansen yang laju ni, cuma amek masa 1jam setengah je hehehe...

hmm cuma yang x beznya kat jepun ni adalah matawang dia.. kat sini mahal sebab matawang malaysia kecik.. bayangkan tiket bas dari okayama ke kansai airport yang amek masa 4jam tu (lebih kurang naik bas dari JB ke KL je) dah mencecah JP¥ 4500 bersamaan dengan RM145.00 huhuhu...tu yg wat x syiokk nak shopping.. asik kena kira duit je huhuhu.. ni pon duit yen aku dah abes..nak kena g money changer tukar duit lagi sket nak balik esok hahahaha....

ohh ye, semalam aku dah setel presentation dengan jayanya depan presiden company ni.. alhamdulillah semuanya sukses.. aku harap xde perkara berbangkit lepas ni hehe.. walaupon keadaan kesihatan yang xberapa elok, batuk teruk.. tapi alhamdulillah berkat doa semua org, masa hari conference dan presentation semalam aku x batuk pon.. alhamdulillah syukur ya Allah~ =)

pengalaman manis yang xdapat aku lupa adalah... aku dapat sujud menyembah Illahi di bumi matahari terbit ni.. alhamdulillah.. last time datang sini, aku xberpeluang.. kali ni, ya Allah.. rasa macam sangat sejuk di hati.. sujud syukur ku yang x terhingga pada ya Rabbul Izzati kerana bagi aku peluang solat di bumi Jepun ni..

Terima kasih Allah.. moga aku dapat ke sini lagi nnt..

p/s : harum sungguh bau Lavender segar kat sini.. aku nak bwk balik untuk mak dan abah.. sekarang musim hujan.. lavender tumbuh macam pokok bunga melur tanam tepi kolam hehehehe

XOXO,
From Okayam with luvvvv

Wednesday, June 5, 2013

Hilangnya permata kami

Assalamualaikum..

Lama aku x menulis.. semenjak pemergian adik, aku xpnah lagi bukak blog.. arini selepas 2 bulan setengah dikya pergi, aku kembali menulis.. moga dikya tenang di sana.. 

Sesungguhnya aku rindu sgt ngn dikya.. terasa lagi panas muntah dikya kat tangan aku.. terbayang2 gelak sama2 kat wad hospital.. sangat syahdu.. dikya sgt cepat tinggalkan kami.. 16 Mac 2013, aku terkedu, xmampu nak fikir bila doktor kata dikya dah xde.. aku tau Tuhan syg dikya lebih dari kami syg dia.. aku redha, aku pasrah dgn takdir.. tapi dlm hati aku ttp merasakan dikya ada dkat ngn aku..


Abah - 

Sampai ke hari ini, saat ini xpernah sekali pon miss setiap hari ziarah kubur dikya.. bacakan yasin dan doa untuk anak kesayangannya.. anak yang selalu jadi kawan gaduh.. tapi bila dikya sebut berkali2 'kite syg abah' sebelum dikya pergi, itu yang menjadi penyebab kesayuan yang paling dalam, dalam hati abah.. susah nak selami hati seorang lelaki bernama abah.. tapi setiap kali kami solat berjemaah waktu maghrib di rumah, abah akan tersedu menangis sendiri.. tabahla abah, moga dikya tenang di sana....


Mak -

Mak yang aku kenal orangnya tersangat tabah.. aku sungguh hormati dan kagumi ketabahan mak.. sejak dari kecil usianya, sangat byk mengharungi keperitan hidup.. itu yang buat satu2nya mak aku di dunia ni org yang terlalu tabah dalam menghadapi apa jua dugaan dari tuhan.. semenjak dikya pergi, mak xhenti2 selsema.. selsema yang berpanjangan.. mungkin mak menahan kesayuan jauh di sudut hati.. aku xpasti.. tapi setiap kali kami bicarakan tentang dikya, pasti dan aku sangat pasti air mata mak akan mengalir lembut di hujung mata jatuh ke pipi tuanya.. (aku xmampu menaip dengan tenang, air mataku juga mengalir laju.. ohh dikya).. moga mak tetap tabah.. kami akan jadi anak yang baik untuk mak dan abah walaupun kami xmampu nak gantikan seorang dikya untuk mak dan abah..


Along, Angah, Iji, Dikyi -

Masing2 cuba tabahkan hati untuk terima ketiadaan dikya.. sangat terasa kehilangan dikya yang sangat manja - anak perempuan bongsu dalam keluarga.. rasa sunyi tanpa mendengar rengekan ngade2 dikya, masakan dikya yang sedap2 belaka, bunyi telefon bila dikya telefon saje nak tanya khabar adik beradiknya yang lain.. dikya tetap dalam hati kami sampai bila pon masih tetap di sini....


Aku -

Masih tercari2 hidup aku lepas dikya xde.. aku sgt2 rindu ngn dikya.. terasa kosong hidup ni tanpa dikya.. aku mengaku, bukan setiap masa aku ikhlas jaga dikya semasa sakit.. bukan aku xrela, tapi terkadang badan aku dah mula rasa sakit2 bila setiap hari tidur kat kerusi malas, bukan atas tilam empuk.. bukan aku xrela, tapi terkadang aku terasa susahnya aku nak menjaga aurat semasa di hospital.. tapi jauh di sudut hati, aku tau dikya pon xmintak untuk dapat sakit macam tu.. aku faham perasaan dikya.. die pon xnak susahkan semua org.. sbb tu bila masa die rasa die ada sedikit kekuatan untuk bangun berjalan sendiri, semua benda die wat sendiri tanpa bantuan sape2 pon.. cekalnya dikya menghadapi ujian tuhan.. aku halalkan dan aku ikhlaskan apa saja untuk dikya, moga dikya bahagia di sana..

Diari dikya masih dalam simpanan.. setiap kali baca, setiap kali itulah merembes air mata ini.. sungguh dikya xnak susahkan siapa2.. sebab tu die pergi terlalu cepat.. tapi dikya tinggalkan kami dengan kerinduan dan kesayuan yang sangat dalam.. kami kehilangan.. kami kesepian tanpa dikya.. tapi kami tahu, Tuhan lagi sygkan dikya.. terima kasih tuhan kerana bagi pinjam dikya pada kami walaupun hanya sedikit masa.. terima kasih tuhan kerana Kau sygkan dikya kami.. terima kasih tuhan..

Aku dah xmampu menaip lagi.. semakin xnampak huruf di keyboard dek kerana air mata yang bertakung.. moga dikya tenang di sana.. kokde harap sgt dpt jumpa dikya lagi.. dtgla dlm mimpi kokde.. kokde rindu btol ngn dikya.. 


Salam syg untuk dikya~


SUFI SOLEHA BINTI SUPIAN
27 Mei 1991 ~ 16 Mac 2013
Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL)
ICU Barat, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru