Aku nak kongsi tentang 1 ubat nama Melanox Hydroquinone 2%.. Hmm ubat ni blh digunakan untuk sape2 yang ada masalah tentang warna kulit yang xsekata, atau dalam istilah perubatannya hiperpigmentasi. Hiperpigmentasi ni boleh terjadi dari pelbagai faktor, blh rujuk entri aku sebelum ni tentang hiperpigmentasi.
Kita ni jadi perempuan mesti nak cantik2 kan.. kalo ade yang xkena sket tu mula la rasa xbez.. so, Melanox ni boleh la digunakan bagi sape2 yang ada masalah leher hitam, ketiak dan celah peha yang hitam. Sapu nipis rata2 kat tempat yang ada masalah tu. InsyaAllah dalam masa 3 bulan akan nampak kesannya. Yang penting kena rajin sapu dan istiqamah =)
Ubat ni boleh dapat kat farmasi atau g consult sendiri ngn doktor pakar kulit untuk keterangan lanjut. jangan risau, ubat ni ok sebab kandungan Hydroquinone masih dalam kawalan. Takat yang dibenarkan Kementerian Kesihatan adalah 2% ~ 4%. So, jgn risau ye hehe.. Untuk sape2 yang nak tau lebih tentang hydroquinone, boleh baca kat bawah ni ye.. aku dah copy baekkk punyo~ wink2
APAKAH ITU HYDROQUINONE?
Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaanhydroquione adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnyahydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.
Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.
BAGAIMANA HYDROQUINONE DIGUNAKAN?
Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Ia tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.
Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4 - 6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan. Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.
MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?
Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.
Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan berkurangan.
Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar di atas). Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.
Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.
Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.
KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE SELEPAS MENGGUNAKANNYA
- Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
- Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
- Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
- Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.
- Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.
- Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.
Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.
Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.
APAKAH ITU TRETINOIN?
Merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris).
KESAN SAMPINGAN TRETINOIN
- Rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitive kepada cahaya ultra violet.
Kesan jangka panjang produk yang mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaanya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerah-merahan selepas memakainya.
Dan nasihat yang dikeluarkan, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.
Kenyataan ini diambil dari laman web Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.
AMARAN!!
- Jangan guna pada kulit yang sunburn, kering, pecah2, atau ada luka, berair, etc.
- Jangan sapu pada kulit yang memiliki masalah alergi.
- Jauhkan dari menggunakan pada bahagian mata, bibir & hidung.
kalau pakai melanox ni dengan produk kecantikan lain tak apa ke...
ReplyDeleteSalam nurul hidayah ;)
ReplyDeleteKalau boleh jangan campur ngn produk pape dulu takut ada effect lain.. Try pakai melanox ni dulu ok..
Tapi kalau ada effect sampingan lepas pakai melanox ni (kulit merah2 macam terbakar, etc.) stop pakai melanox ni tau.. jgn teruskan.. rujuk dengan doktor
p/s: kalau nak cara selamat, mudah dan murah, saya recommend guna ubat gigi je.. sapu dan biarkan kering dalam 5~10minit..pastu bilas dgn air suam.. insyaAllah selesai masalah.. selamat mencuba! :)
salam.. dulu saya terkena kurap d bhagian celah peha and meninggalkan kesan hitam.. saya fikir kesan hitam itu akan hilang tapi dah nak dekat setahun dah tapi still xhilang2.. so, kalo pakai melanox untuk kes ne boleh x?? xberi impak negatif??
ReplyDeletesalam syaz ana,
ReplyDeleteboleh, takde masalah.. yang penting masa nak sapu tu pastikan takde kesan luka (berair etc.) tau. Pastikan tempat yang nak sapu tu kering.
Rajin2 sapu, insyaAllah cepat hilang.. good luck tau! :)
owh.. terima kasih atas perkongsian ilmu :)
ReplyDeleteSama2.. kalau ada berita bez, kongsi kat sini tau.. boleh saya update entry ni ;)
Deleteas'salam.. kalau guna krim ni utk hilangkan parut jerawat boleh x?
ReplyDeleteWaalaikumsalam Nur Kafie :)
DeleteMaaf lambat reply, mood cuti panjang baru abes hehe..
Boleh pakai krim ni untuk hilangkan parut jerawat. Tapi sebolehnya jangan kena direct dgn cahaya matahari pada kulit yang dah disapu krim ni.
Langkah paling selamat, pakai sebelum tidur & bila bangun tidur cuci muka dulu sebelum keluar rumah (kalau taknak mandi laa hehe..)
assalam sufi..agk2 bole guna utk hilangkan kesan hitam di celah peha tak?takut pulak nak try bila baca side effect dari krim ni.
ReplyDeleteSalam amani redza,
DeleteBoleh. Sapu kat tempat yang hitam tu. Yang penting pastikan tempat tu kering dan tak berair. Lagi elok bila sapu malam sebelum tidur. Besok pagi bangun tidur pastikan cuci dengan bersih.
Jangan risau, Hydroquinone ni selamat asalkan tak beli lebih dari % yang dibenarkan.
Kalau takut jugak, better g consult doktor dulu pastu kita tgk hasilnya ok.
Selamat mencuba! :)
Ade sape2 ambik order x ??? Sy dh cri tp jmpe pn ubt ni
ReplyDeleteIda,
DeleteKat farmasi biasanya ada. Ataupon kat kedai2 ubat. Cuba tanya dulu eh. Tapi pastikan peratus kandungannya 2% sahaja tau.
p/s : Kalau tak jumpa nnt bagitau. Bila2 saya terjumpa saya belikan & pos :)
Still juga tak jumpa la sufi..ok, kalau sufi jumpa nanti sufi bagitau saya yea, saya beli je dan sufi terus..tq
Deleteokei, insyaAllah no problem :)
Deletennt emel phone no. tau.. pape saya contact
emel : ubiuada@yahoo.com
salam sufi. sya pernah baca yg krim ni pun boleh setel kan masalah jeragat kan? tp bila cri kat farmasi kat KL tak jumpe atau diorang yang tak kenal krim ni saya tak pasti. nak mintak tolong kalau sufi ada jumpe, bg tau. sya nk bli!
ReplyDeleteni email saya: fathiyahselamat@yahoo.com
tq dear.
Salam fathiyah,
DeleteMaaf lambat reply. Saya dah reply kat emel. InsyaAllah arini kalau sempat saya g carikan. Ramai gak yang emel mintak tlg belikan. Maaf sgt lambat, kekangan waktu huhu~
salam sufi, klo masalah tone kulit x sekata di sekitar atas mulut dan kelihatan seperti misai boleh guna x?
ReplyDeleteSalam nadiah othman,
DeleteHmm mencabar gak soalan ni hehe..
Boleh guna tapi pastikan hydroquinone 2-4%, jangan tinggi sangat % dia tau.
Pastu pastikan JANGAN KENA CAHAYA MATAHARI. So pakai waktu malam je okei?
Oh ye, skrg kalau tak salah, melanox ada keluarkan produk baru - krim yang memang khas untuk putihkan wajah. Namanya 'Melanox Premium Whitening Cream'.
Yang ni dijamin takde steroid dan selamat untuk kulit :)
Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4 - 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.
ReplyDelete"Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4 - 6 bulan dan tidak berkekalan". Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan. Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.
salam hai awak.. sy nak tnya...sy x berapa paham part ni.. adakah kesan hitam tu akan kembali jika sy stop selepas 6 bulan?
Salam ezurul,
DeleteKesan hydroquinone ni tak bertahan sebab ianya bertindak balas hanya pada permukaan kawasan kulit yang disapu.
InsyaAllah kalau dah ok, teruskan menjaga kebersihan, kesan hitam tu tak jadi balik seperti asal :)
(kebiasaannya kesan hitam tu terjadi sebab kurangnya penjagaan kebersihan @ kawasan terlindung seperti celah peha yang sentiasa berada dalam keadaan yang lembap)
Salam. Range harga berapa ya?
ReplyDeleteSalam f a r h a n a,
DeleteDalam RM20 ~ RM30 camtu. Tapi susah nak dapat. Ramai yg pembaca blog ni yang kirim saya belikan, tapi sampai sekarang belum dapat lagi. Stok limited kot huhu.
Maaf ~*
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau dipakai selama nya bahaya tidak?
ReplyDeletesaya sudah pakai kira-kira sudah 7 bulan. saya pakai wktu siang dan malam.
Bagaimana dengan Tri luma cream. Adakah ia berbahaya? Saya ada baca ia berkesan.
ReplyDelete