Hmmm arini aku nak kongsi maklumat tentang hiperpigmentasi. Sebelum tu, apa tu hiperpigmentasi?
Hiperpigmentasi ni adalah proses atau penggelapan area kulit atau kuku yang disebabkan oleh melanin dalam tubuh kita yang meningkat.. Melanin ni pula dihasilkan oleh melanosit pada lapisan bawah epidermis kulit.. Haissshh pening aku istilah2 doktor ni.. cuba la wat nama yang senang sket aku nak sebut, xde la terbelit2 lidah ni..
Org2 Asia, Afrika (bukan yg kulit sgt gelap tu ye, tu mmg semulajadi hehe) dan org Mediteranean lebih cepat terdedah kepada masalah hiperpigmentasi ni lebih2 lagi jika terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan.. Sbb tu la bila kita ni kena berjemur di panas matahari, pastikan kita pkai sun-block untuk menghalang pigmentasi berlaku.. tapi utk pengetahuan semua, hiperpigmentasi ni tidak berbahaya pada manusia =) ianya cuma penggelapan kulit je.. tapi yelah, lagi2 kita ni pompuan kan, bila kaler kulit tu nampak pelik je, mesti dah start pening.. yela, kalo muka putih tapi leher itam, ape kes??
Faktor penyumbang kepada hiperpigmentasi ni adalah :
- Kerosakan akibat terdedah kepada cahaya matahari
- Keradangan atau kulit tercedera
- Genetik
- Perubahan hormon
- Kebersihan
- Pergeseran kulit yang kerap
Untuk org2 yang ada tanda lahir, kawasan leher, ketiak, celah peha berwarna sedikit gelap, maksudnya mereka mempunyai masalah hiperpigmentasi ni.. ada pelbagai cara utk mengembalikannya kepada warna asal kulit.. Either try consult dgn doktor kulit atau g kat farmasi tny ubat apa yg sesuai.. pastikan semua ubat2 tu mengikut nasihat pakar ok.. jgn pandai2 tau.. nnt kang lain plak yg jadi..
No comments:
Post a Comment