Assalamualaikumm...
Arini aku nak share cara2 camne nak tambah pelaburan ASB (Amanah
Saham Bumiputera) melaui Maybank2u.. Senang dan mudah tau sebab :
1) Tidak perlu beratur panjang2
2) Tidak perlu berebut nombor
3) Tidak perlu lenguh2 tangan nak isi borang
tambah pelaburan
4) Tidak perlu risau nak cari pen @ pinjam
pen org sebelah
5) Membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar
dengan mengurangkan penggunaan kertas.. Peace! =)
Sekarang kan semuanya di hujung jari.. so let start our tutorial
today.
Syarat2 utk tambah pelaburan ASB melalui maybank2u :
1) Dah ada akaun ASB (ini sangat penting!)
2) Dah ada akaun maybank2u (ini juga sangat
penting!)
3) Ada connection internet hehehe
Ok, firstly login maybank2u anda.. masukkan username
dan pastikan secret code betul baru masukkan password ok..
Kemudian pergi ke bahagian investment pastu pilih ASNB Unit Trust.
Anda akan nampak page yang ada ayat2 summary.. Kemudian tekan butang ‘add’ kat bahagian bawah sebelah kanan tu..
Pastu akan keluar page, ada option untuk register ‘Amanah Saham 1
Malaysia’ dan ‘Amanah Saham Bumiputera’.. So pilih la option yang ke-2 tu
ye..pastu klik butang ‘continue’ bwh tu..
Pastu die akan keluar page yang ada ayat panjang2.. baca dan
pahamkan syarat2 dan risikonya.. dah siap baca, cuma tick ruang 4segi kecik
yang kosong tu dan tekan ‘continue’..
Ok, sekarang dah sampai stage utk register akaun ASB anda.. die
akan keluar page yg ada ruangan2 utk diisi..
1st kali isi membership
no tu dgn nombor akaun ASB anda yg tertera dlm buku akaun.. pastikan xsalah
isi tau.. masukkan 9 digit no akaun.. kalo ada angka 0 kat dpn nombor akaun tu,
masukkan skali..
Pastu kat ruang member’s ID no, masukkan no IC baru anda, contohnya 750032xxxx..
Dan
kat ruang yang terakhir tu masukkan nama penuh berdasarkan nama kat dalam buku
akaun ASB..
Pastu member’s ID type tu pilih option ‘New IC’ ok.. kemudian
tekan butang ‘continue’..
Kemudian akan keluar page untuk kompemkan semua maklumat yang
diisi tadi.. Semak semuanya, kalo betul request TAC no.
Masukkan TAC pastu click confirm..
Ok, dah siap.. nnt dia akan keluar page bgtau yg request utk
register akaun ASB tu 'pending'.. proses ni akan ambil masa 24 jam atau 1 hari
bekerja untuk siap diregisterkan..
Camne nak tau dah confirm ke belum? Ok, lpas 24 jam, check balik
akaun maybank2u, tgk status.. kalo dah confirm die akan tulis ‘Active’ dgn
warna hijau (sila lihat gambar di bawah)..
Hmm mari kita teruskan dengan cara2 utk menambah pelaburan di
ASB..
Pertama sekali, click kat bahagian atas tu ‘ASNB Payment’..
Pilih
option ‘Amanah Saham Bumiputera’ pastu klik ‘Continue’..
Pastu dia akan keluar ayat panjang2, sila baca dan tick ruang
petak kecik kat bahagian bawah tu.. pastu klik ‘continue’..
Masukkan amount berapa yang kita nak tambah dalam pelaburan.
Pastikan dalam nilai ringgit.. nilai sen tidak dibenarkan..
Contohnya, maybank
hanya terima nilai RM100, RM101, RM5002.. kalo RM100.20, RM500.60 dan
sebagainya tu tidak diterima.. kemudian klik ‘continue’..
Pastu die akan keluar page utk confirmkan.. Pastikan semuanya
betul dan klik confirm..
Dah siap!! =) Tapi setakat
ni maybank xde offer lagi untuk membolehkan kita check baki dalam akaun ASB dan xde offer utk keluarkan duit dari akaun ASB.. Cuma boleh masukkan je.. kalo nak
check pelaburan, kena g kat maybank atau mana2 ejen ASB contohnya pejabat pos
ke utk kemaskini buku akaun ASB..
Oh ye, lupa plak nak bgtau.. setiap transaksi ni akan dikenakan
cas RM1 daripada akaun maybank anda.. dan kalo nak kemaskini buku akaun ASB utk
pelaburan tambahan melalui maybank2u, hari keesokannya je baru boleh kemaskini
(hmm nape ayat aku tunggang terbalik ni =p).. ok, contohnya kalo anda tambah
pelaburan melalui maybank2u arini, esok baru anda boleh g kat pejabat pos utk
kemaskini buku akaun ASB nak tgk sama ada duit tu dah masuk dalam akaun ataupon
belum..
Orait?? Sebarang pertanyaan sila tinggal komen ok..
XOXO =)