Saturday, October 20, 2012

SISTEM KANBAN

Apa tu Kanban?? Kanban bermaksud kad visual@signal.. Kanban ni berasal dari perkataan Jepun, dan pada tahun 1950-an syarikat yang pertama mengaplikasikan sistem Kanban ni adalah TOYOTA... ye, TOYOTA yg wat keta tu...

Sistem Kanban ni diwujudkan untuk memudahkan bahagian production untuk produce barang.. Kanban jugak diilhamkan oleh Toyota untuk mengurangkan kuantiti W.I.P (Work In-Progress).. So, bahagian production hanya akan produce barang yang customer order sahaja.. production xboleh produce barang sesuka hati.. Manfaatnya, banyak cost yang dapat dikurangkan.. Purchasing cost, labour cost (overtime), raw material cost, shipping cost and etc.. dan kilang pon boleh untung berlipat2 ganda =)

Oh ye, basically sistem Kanban ni menggunakan prinsip 'PULL SYSTEM'.. Maksudnya, sistem ni bermula dari bahagian Sales ke bahagian Production.. Kebiasaannya, kebanyakan industri menggunakan 'PUSH SYSTEM' iaitu produce barang dulu (produce banyak2 sampai menimbun) pastu baru keluarkan barang, ikut order dari customer... so, company tu kena spend baaaaaaanyak modal untuk raw material baru fikirkan untung ikut order...

Dipendekkan cerita, sistem Kanban ni lebih kurang macam order nasi goreng kat kedai.. Customer akan order, request la nak tambah ape pon dalam nasi goreng tu, contohnya nak tambah cendawan ke, lada giling ke (perlu ke giling?? =p), mintak je.. Then org yg amek order tu akan take note.. pastu die pass kertas order tu kat tukang masak.. tukang masak akan request kat org yg sediakan bahan2 masakan ape yg die perlukan untuk masak nasi goreng tu.. org yg sediakan sayur, lada, ape semua tu akan siapkan brg2nya.. pastu jadi la nasi goreng!! senang dan simple kan... hehehehe

ni contoh sistem Kanban yg ada kat kilang aku ni.. Untungnya aku apabila kilang ni baru nak berjinak2 apply sistem Kanban dalam production harian.. so aku dapat blajar dari awal ape tu sistem Kanban... =)

ape yg aku dpt simpulkan untuk sistem Kanban ni adalah ianya sangat bagus untuk kesihatan!! dan kewangan industri.. nanti aku akan update lg tentang Kanban ni..

Ok bai....

1 comment: