Wednesday, October 31, 2012

air tulang sumsum @ Bone Marrow Aspiration (BMA)

Alhamdulillah arini dikya (adik pompuan aku yg bongsu) dah blh discharge dari Hospital Sultan Ismail, JB..

Cuak gak aku bila aritu doktor kata die kn admit untuk amek air tulang sumsum.. macam2 aku dgr org ckp pasal amek air tulang sumsum ni... ade yg kata effectnya blh wat lumpuh, mati dsb... huhuhu aku mmg sgt takut.. tp untuk kepastian, aku pon ade la baca2 dari sumber2 yg blh dipercayai, and bila dah baca, hati aku pon dah kuat sket.. so aku pon ade la sket bagi ceramah kat dikya untuk die kuatkan semangat... sian dikya~

Ada beza antara amek air tulang sumsum dengan amek air tulang belakang.. ramai org igt benda ni sama.. tapi mmg berbeza.. dari segi prosedur pengambilan, untuk apa ianya diambil dan macam2 lagi..

Nama saintifik untuk pengambilan air tulang sumsum ni ialah Bone Marrow Aspiration (BMA). Air tulang sumsum diambil dari tulang yg besar.. biasanya doktor akan amek kat tulang pelvis (punggung).. ... Doktor akan cucuk jarum yg besar ke dalam tulang untuk sedut sket sumsum dari dlm tulang tu (bukan sedut pakai straw ye puan2 hehehe)...

 2@3 hari lpas amek air tulang sumsum tu, bdn akan rasa sakit2 sket & sengal2.. .. ohh ye, lupa nak bgtau.. prosedur utk amek air sumsum ni biasany akan mengambil masa cuma 20minit je..
Pesakit akan dibius sebelum prosedur dijalankan dan pesakit akan dibius untuk tempoh masa 3-6 jam..

mengikut pengalaman org yg pernah amek sir tulang sumsum ni, kalo ubat bius dah abes, doktor blh bagi discharge hari tu jugak... sama la mcm kes dikya ni.. pagi tadi wat BMA, pastu ptg ni dah blh blk..

kenapa doktor nak amek air tulang sumsum ni?? biasanya doktor akan amek untuk kenalpasti jenis penyakit dan check tahap normal darah pesakit.. air tulang sumsum ni diambil biasanya bagi pesakit yg ada masalah dgn darah.. contohnya leukimia, barah darah, kurang darah (platlet darah) dan apa2 je penyakit yg berkaitan dgn darah..

sbbnya kat bahagian tu la darah dalam bdn kita di produce... cara amek pon lain compare dgn cara amek air tulang blakang..

Untuk amek air tulang blakang, pesakit akan mengerekotkan badan macam bentuk 'C', pastu doktor akan cucuk jarum kat bahagian bawah2 tulang belakang..
Kalo amek air tulang sumsum ni, pesakit kena meniarap, pastu doktor akan cucuk jarum kat tulang punggung...

Pesan aku, jgn takut untuk jalani prosedur ni.. kita serahkan pada pakar untuk lakukan tugas deorg.. kdg2 xterjangkau akal kita tntang prosedur2 perubatan ni kalo kita bukan di bahagian tu.. so, kita cuba tawakal dan let them doing their job..

Banyakkan doa, moga selamat dari awal hingga akhir.. jgn sbb satu dua kes berlaku, kita dah ckp BMA@amek air tulang belakang tu bahaya & xbagus..
Kalo x, kenapa doktor2 pakar nak wat jugak kan.. maybe tu la salah satu cara untuk deorg detect sakit & cari jalan penyelesaian untuk sakit tu.. ikhlas & redha =)

Jap lagi aku nak g amek dikya kuo dari wad... moga2 semuanya ok.. aku doa sgt dikya akan sihat mcm biasa.. insyaAllah......


*Update tentang dikya (17/12/2015)

2 tahun lepas, lepas prosedur amek air tulang sumsum tu, doc diagnos dikya menghidap penyakit leukimia jenis ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia).

Leukimia jenis ALL ni sangat2 laju makan antibodi dalaman dikya. Senang cerita, doc tak boleh bagitau dikya stage berapa masa 1st diagnos tu sebab contohnya arini dikya leukimia tahap 1, tak mustahil 2 minggu lepas tu dikya dah di tahap 4.

Jadi doc memang dah panggil kami sekeluarga & terangkan tentang penyakit dikya & apa kemungkinan yg jadi pada dikya. Kami redha & dikya sangat kuat.

Bermula lah episod berumahtangga di hospital untuk temankan dikya menjalani prosedur kemoterapi :) 
Sepanjang tempoh rawatan, ada beberapa kali jugak doc amek lagi air tulang sumsum & air tulang belakang dikya untuk pantau kanser dalam badan dikya.

Alhamdulillah lepas 4 cycle kemoterapi + doc dah bagi approval untuk salah seorang ahli keluarga kami yg mempunyai darah yg sesuai ngan dikya untuk proses derma air tulang sumsum. Semua urusan dah setel, cuma tunggu masa je untuk pergi Hospital Ampang. 

Tapi Tuhan lagi sayangkan dikya. 
Kami terkedu. 
Doc & nurse semua macam terkejut dengan pemergian dikya sebab dikya nampak dah sangat sihat + sedia untuk prosedur derma tu.

Allah sayang dikya.

Mohon doakan dikya di sana k.
Saya rindu dikya :'(

Sufi Soleha Supian
[27.5.1991 ~ 16.3.2013]

Monday, October 29, 2012

Seminggu selepas Norethisterone

Alhamdulillahhhhhh.....

Hehehehe aku dah selamat period smlm dengan jayanya.. alhamdulillah lpas seminggu makan norethisterone, 3 hari tepat lpas habis sepapan, period pon dtg..

sape2 yg ada masalah period, boleh la cuba ye.. mana tau, dengan izin Allah, masalah period tu boleh selesai.. Norethisterone ni jugak boleh membantu memecahkan cyst@ketumbuhan serta membetulkan kedudukan rahim (yg jatuh ke belakang) dengan selamat.. makan berterusan selama 3, 6 atau 9 bulan.. InsyaAllah xde kesan sampingan.. jgn lupa, sambil usaha tu kita berdoa mintak dipermudahkan segalanya k.. hehehe bahagianya rasa bila ABC ni.. (ABC = Allah Bagi Cuti hehehe)...

Ok bai... =)

Saturday, October 27, 2012

Kuih siputtttt

okeh.. ni nama dia kuih siput.. xkisahla siput ape pon, yang penting siput ni blh dimakan begitu saje... oooohhh sebenarnya aku sgt boring arini.. disuruh kerja time org lain sibuk beraya.. aku stresssss gilozzz neh huhuhuhu....

hmmmm alang2 entry aku kali ni banyak menyebut perkataan siput, maka meh sni aku share resepi wat kuih siput..

Bahan-bahannya adalah :

5 cawan tepung gandum

1 biji telur

70gm marjerin

1 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk jintan putih

2 sudu kecil serbuk udang kering (kalo nak lebih ummphhh!!! hehehe)

3 sudu besar cili boh/serbuk cili

Daun bawang / daun sup (dihiris)

Garam (secukup rasa)

Sedikit serbuk perasa (sesedap rasa)

250ml santan(untuk proses uli doh)

Cara-caranya :

Gaul semua bahan2 kering di atas hingga bercampur semuanya.. Pastu uli dengan santan hingga menjadi doh.

Cubit sket doh yg dah siap tadi, gentel2 dan tonyoh (tonyoh ke tenyeh??? =p) atas papan kuih siput.

Dah setel semua, ready untuk digoreng!! yeay!!! =) Lebihkan marjerin kalau nak rangup.. santan tu jgn tuang semua sekali tau.. tuang sket2 sambil menguli sampai la jadi doh...

Itu sahaja hehehe... Ok bai

Tutorial khas untuk soalan : 'Kenapa iklan nuffnang xkeluar2??'

Hehehe seperti yg dijanjikan... aku nak share tutorial cara2 nak wat iklan nuffnang kuo kat blog korang (ni spesel dedicate utk sape2 yg dah paste code iklan dlm html blog tau)...

Firstly, log in kat akaun nuffnang korang.. pastu tgk sebelah kiri page.. ade nampak column BLOG MANAGER kan.. ok, klik anak panah MANAGE BLOGS tu.. pastu klik lagi kat MANAGE MY BLOGS..

ok, bila dah klik, page tu akan kuo korangnya blog details seperti nama blog, URL blog and bla bla bla.... pastu sila cari ADS PREFERENCES... pastu klik anak panah sblah die..

bila dah klik, die akan kuo pilihan jenis2 iklan.. ada 4 jenis iklan yang disediakan..

1. MINIMIZED ADS

yang ni untuk meminimakan saiz iklan.. so yg kuo kat blog cuma logo/teks je.. yg ni bertujuan untuk memendekkan masa sementara tunggu kempen berbayar.

2. DEFAULT ADS

Default Ads adalah iklan xberbayar bertujuan untuk mempromosikan Nuffnang sebagai komuniti periklanan blog pertama di Asia Pasifik.

3. CHARITY ADS

yang ni plak iklan untuk mempromosi pelbagai aktiviti kemanusiaan yang Nuffnang usahakan dalam suatu tempoh masa yang tertentu.. aktiviti2 kemanusiaan ni contohnya kempen menderma darah ke, cegah kanser ke etc....

4. SHOW GLOBAL CPC/CPA ADS

Pilihan yg ni adalah untuk memaparkan iklan CPC yg diluluskan. Kalo kita pilih jenis iklan ni, kita boleh memperolehi pendapatan sementara menunggu kempen CPM daripada Nuffnang. Kalo xde kempen CPC yg aktif bagi unit iklan tertentu, iklannya akan dikecilkan bagi memendekkan masa blog.

so, untuk membuatkan blog kita dpt memaparkan iklan setiap masa, sila pilih jenis iklan yg no. 4 tau.. dalam masa kita berblogging, kita dapat menambah pendapatan.. yeay!! =)

lepas dah siap smua, tekan 'SAVE CHANGES' utk save pilihan kita td..

dah setel!! =) itu saje.. bila reload page, nnt kuo la iklan2 nuffnang tu kat blog korang.. ikut kat mana korang letak iklan tu.. senang kan??? hehehe..

Selamat Mencuba!! =)

ok bai...

Ehhh.. ade plak iklannya.. malu plak shaye hehehe

Hehehe ni la namany 'kesempo'... tiba2 ade plak iklan nuffnang kuo kat blog aku.. di sini saya tunjukkan print screen dgn bangganya... sila lihat ye wakakakaka..

pasni aku wat tutorial eh.. khas untuk sape2 yg ade masalah mcm aku (awal2 je k, skrg dah xde masalah daaaaaaaaaah).. rilek choy!!!! hahahaha..

ok bai... =))))

Oh my nuffnang~~ =(

Huhuhuhu kenapa la jadi macam ni.. sedeynya hati ini.. KENAPA???? Iklan nuffnang gue xkuo2 ni.. pnat dah godeh sana sini.. kuo logo nuffnang saje huhuhuhu.. sapa mau bantu ni.. tulong!!

aku dah stress ni tau.. jgn maen2, aku gigit smpai putus kang.. tlg la kuo wuwuwuwuw

Wednesday, October 24, 2012

Ya Salam

Sebab dah beberapa hari ni aku xberapa sihat, so aku wat entry khasiat asmaul husna mengenai kesihatan =)

Apa makna Ya Salam? Salam bermaksud sejahtera.. oleh sebab itu jika kita memberi salam pada saudara Islam kita, maka dengan secara xlangsung kita dah mendoakan kesejahteraan pada org tu.. baiknya kita kan?? hee~

Khasiat Ya Salam

Ya Salam jika dizikirkan sebanyak 136x, InsyaAllah jasmani dan rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat dan sejahtera...

Jgn lupa amalkan.. zikir sebanyak mana yg mampu.. oh ye, Ya Salam ni juga boleh kita zikir dan niatkan untuk kesejahteraan org2 yg kita syg contohnya mak ayah kita, suami@isteri kita atau sesape je la.. xrugi doakan kesihatan org lain kan?? =)

dalam pada kita usaha untuk sembuh dari sakit, jgn lupa minta pada Tuhan tau.. semua penyakit dan penawarnya dtgnya dari Allah jugak.. kalau Dia blm berkehendak utk kita sihat, makan ubat mcm mana pon xkan baik jugak sakitnya.. tapi jgn kita lupa, setiap sakit tu ada hikmahnya.. penyakit juga menggugurkan dosa2 kecil kita.. so, mari la berzikir banyak2 =)

Nothisterone ver. 2

Haaaa arini aku nak sambung tentang ubat Nothisterone.. Sila baca di bawah ye.. aku cedok dari blog Dr. Hamid Arshat, pakar kesuburan...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Ubat Norculut

Saya sering memberi ubat ini kepada pesakit2; ramai yang tertanya2 apakah ubat ini. Ubat ini adalah sejenis hormon progesterone (hormon wanita) yang yang dicerakin atau synthetic bukan asli. Nama sebenar ialah Norethisterone dan setiap tablet mengadungi 5 mg norethisterine. Ubat ini bertindak dalam rahim dan pada sistem kawalan hormon wanita.

Apakah Kegunaan Ubat Norculut?

1. Menangguhkan datang Haid
Untuk sesuatu tujuan saperti pergi Haji atau Umrah , bila makan tablet Norculut dari mula hingga akhir , ia membolihkan wanita buat amal ibadat saperti solat, wukuf diarafat dan buat umrah dalam seluruh tempoh waktu ia ditanah suci. Ada juga yang ingin berpuasa seluruh bulan ramadan tanpa diganggu haid. Norculut bolih tangguhkan haid sampai ke hari raya.

Ada juga yang ingin tangguhkan haid kerana ia akan bernikah, atau ia ingin berbulan madu diluar negara. Ada pula yang ingin tangguhkan haid utuk menghadapi ujian atau peperiksaan atau temu duga untuk satu jawatan penting dan jika ia sedang haid ia akan mengalami senggugut yang amat teruk, sakit kepala , muntah2 dan lain2 gejala. makan norculut bolih tangguhkan haid selama kita mahu tanpa apa2 kesan sampingan.

2. Untuk rawatan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
Rawatan terbaik untuk penyakit2 tersebut ialah pembedahan untuk buang cyst dan tumbuhan serta betulkan kedudukan rahim jika ia retroverted ( jatuh kebelakang kearah tulang tonking). Tetapi jika seseorang enggan bedah kerana munkin pernah dibedah sebelum ini atau atas sebab2 peribadi, pilihan lain ialah ubat norculut yang dimakan secara terus menerus selama 3, 6 atau 9 bulan. Ketika makan norculut pesakit tidak datang haid tapi tidak hamil. jika ia mahu hamil, berhenti ubat lepas 3 bulan dan cuba hamil selama 3 bulan. Lepas makan norculut dan berhenti, pesakit akan mengalami 'rebound fertility'.

3. Merawat 'hormon imbalance' Prenstrual tension (PMS) dan menopos.
Norculut digunakan untuk berbagai masalah wanita. Pada wanita yang sering mengalami kitaran haid tidak teratur, perdarahan tidak tentu masa dalam kitaran haid, norculut bolih digunakan untuk membetulkan kitaran haid. Begitu juga bagi mereka yang mengalami gejala2 PMS saperti migraine, loya, bengkak kaki , moody dan lain2. Norculut bolih juga digunakan sebagai hormon gantian pada wanita menopos.


Rawatan Kesuburan

Dalam beberapa situasi norculut digunakan, saperti bagi pesakit PCOS yang tidak datang haid, norculut diberikan selama 7 - 10 hari, haid akan datang 3-4 lepas habis norculut. Bila haid bermula, ubat subur clomid bolih mula di makan pada hari ke 2-3 haid. Jika ia hamil sedang makan norculut, ubat ini ada kesan menguatkan kehamilan dan tiada kesan sampingan kepada janin.
Ada kalanya haid tidak keluar sebab karung telor (follicle) tidak pecah sewaktu penetasan berlaku dan ia menimbulakan tumbuhan follicular cyst yang biasanya memengadungi air, rawatan dengan norculut 2 biji sehari selama 20 hari boloh memecahkan cyst tersebut tanpa kesan sampingan.
Bagi mereka yang tidak subur sebab 'corpus lueal defects' disebabkan kurang hormon progesterone, duphaston atau norculut bolih diberikan mulai hari ke 20 selama 7 - 10 hari.


Dos Norculut dan jangka masa makan ubat.

Untuk kebanyakan situasi yang saya nyatakan diatas, dos norculut ialah 2 biji (10 mg) dimakan 2 kali sehari selama tempoh yang diperlukan, saperti 40-50 hari untuk pergi haji, 10-20 hari untuk umrah, Jika berlaku perdarahan walaupun mengikuti dos yg dicadangkan, tingkatkan dos dengan makan 3 -4 kali sehari sehingga perdarahan berhenti dan teruskan makan 2 kali sehari sampai pulang ketanah air.

Saturday, October 20, 2012

SISTEM KANBAN

Apa tu Kanban?? Kanban bermaksud kad visual@signal.. Kanban ni berasal dari perkataan Jepun, dan pada tahun 1950-an syarikat yang pertama mengaplikasikan sistem Kanban ni adalah TOYOTA... ye, TOYOTA yg wat keta tu...

Sistem Kanban ni diwujudkan untuk memudahkan bahagian production untuk produce barang.. Kanban jugak diilhamkan oleh Toyota untuk mengurangkan kuantiti W.I.P (Work In-Progress).. So, bahagian production hanya akan produce barang yang customer order sahaja.. production xboleh produce barang sesuka hati.. Manfaatnya, banyak cost yang dapat dikurangkan.. Purchasing cost, labour cost (overtime), raw material cost, shipping cost and etc.. dan kilang pon boleh untung berlipat2 ganda =)

Oh ye, basically sistem Kanban ni menggunakan prinsip 'PULL SYSTEM'.. Maksudnya, sistem ni bermula dari bahagian Sales ke bahagian Production.. Kebiasaannya, kebanyakan industri menggunakan 'PUSH SYSTEM' iaitu produce barang dulu (produce banyak2 sampai menimbun) pastu baru keluarkan barang, ikut order dari customer... so, company tu kena spend baaaaaaanyak modal untuk raw material baru fikirkan untung ikut order...

Dipendekkan cerita, sistem Kanban ni lebih kurang macam order nasi goreng kat kedai.. Customer akan order, request la nak tambah ape pon dalam nasi goreng tu, contohnya nak tambah cendawan ke, lada giling ke (perlu ke giling?? =p), mintak je.. Then org yg amek order tu akan take note.. pastu die pass kertas order tu kat tukang masak.. tukang masak akan request kat org yg sediakan bahan2 masakan ape yg die perlukan untuk masak nasi goreng tu.. org yg sediakan sayur, lada, ape semua tu akan siapkan brg2nya.. pastu jadi la nasi goreng!! senang dan simple kan... hehehehe

ni contoh sistem Kanban yg ada kat kilang aku ni.. Untungnya aku apabila kilang ni baru nak berjinak2 apply sistem Kanban dalam production harian.. so aku dapat blajar dari awal ape tu sistem Kanban... =)

ape yg aku dpt simpulkan untuk sistem Kanban ni adalah ianya sangat bagus untuk kesihatan!! dan kewangan industri.. nanti aku akan update lg tentang Kanban ni..

Ok bai....

Friday, October 19, 2012

Norethisterone @ Norelut

Assalamualaikummmm dan selamat pagi!!!!... =)

Arini aku nak share pasal ubat nama Norethisterone @ Norelut.. Ubat ni ubat hormon.. blh diambil untuk delay kan period dan juga untuk turunkan darah period.. ni la rupa ubatnya..




jujurnya aku bkn doktor@medical student.. so aku amek maklumat yg aku nak share ni dari beberapa sumber.. kalo ada yg salah, sila betulkan ye~

**UNTUK DELAY PERIOD**


Norethisterone ni diambil sebiji, 3x sehari setiap hari. So total sehari 3biji..
Ambil ubat ni 2-3 hari sebelum due period kita untuk bulan tu.. Contohnya kalau period kita biasanya datang dalam 20hb tiap2 bulan, so ambil ubat ni pada 17@18hb.. Boleh paham ek.. Then teruskan ambil ubat ni sampai tarikh yang kita rasa dah ready nak dtg period.. Period akan datang seperti biasa selepas 3-4 hari kita stop makan ubat ni..

Aku bagi contoh senang eh.. memandangkan dah nak musim raya haji ni kan, so aku bagi contoh org nak g haji k..

Biasanya org yg nak tunaikan haji ni akan berharap yg mereka xkan didatangi period bagi memudahkan mereka menunaikan ibadah semasa di Mekah. So, mereka boleh mengambil ubat Norethisterone ni 2-3 hari sebelum due, dan teruskan makan 3x sehari selama mereka masih menunaikan haji.. bila dah selesai musim haji, mereka blh stop ambil ubat ni, dan insyaAllah period akan dtg seperti biasa slpas 3-4 hari stop..

Wallahualam...



**UNTUK BAGI PERIOD@TURUNKAN DARAH PERIOD**

Bagi wanita yang mengalami masalah period xnormal, blh la mengambil ubat ni sebagai salah satu usaha untuk period tu dtg.. Ambil ubat ni sebiji, 2x sehari setiap hari selama 5 hari.. so total 10biji untuk sekali pengambilan.. InsyaAllah dalam 3-4 hari lpas tu period pon dtg..

Walaupon ubat ni blh bli kat farmasi, apa pon yang plg penting cubalah consult dgn doktor @ pakar terlebih dulu ok??? Manalah tau ubat ni xserasi dgn kita ataupon kita ada penyakit lain yg kita xtau.. so better g consult dulu tau..


Usaha selagi mampu untuk ubat penyakit kita kerana nasib seseorang tu xkan berubah jika dia xusaha untuk mengubahnya.. yang penting kena ikhlas dan percaya pada Tuhan kerana segala penyakit dan penawarnya datang dari Dia~

Mari berusaha!!!


Just sharing :

Hukum wanita mengambil pil penahan haid adalah HARUS pada bulan Ramadhan dengan niat nak puasa penuh. 
Tetapi kalau boleh janganlah melawan fitrah yang Allah jadikan - perempuan & haid.
Lagipun pil tu sebaiknya diambil ketika perlu kerana dibimbangi akan memberi kesan buruk kepada kesihatan. :)


Thursday, October 18, 2012

Mari menyampul hadiah

Comelllnyaaaa~ heeee...

Hmmm cari doa dengan makna yang gambarnya matured sket xjumpa plak.. ada yg kanak2 rebina je.. ok la kan hehehe.... moga Allah lindungi kita semasa kita tido.. amiinnnn~

Malam tadi aku gagahkan gak diri ni membalut hadiah2 hari pertunangan+besday Khairani Thanin (nama glamor : K.A) hehehe dan hadiah utk baby icak.. berpeluh2 nak siapkan.. biasa laa dah lama xmenyampul dan yg plg penting kena terima hakikat yg aku ni bkn org yg kreatif hehe.. sampul ala kadar dan hasilnya aku puas hati sbb kemas je sampulannya (ada dlm kamus x perkataan 'sampulan' ni hehe)...

hepi tgk kawan2 semua dah beralih ke fasa baru.. ramai yg dah tinggalkan zaman bujang.. ramai yg dah ada baby comel2.. terima lah yg aku ni semakin tua huwaaaa.. semoga bertambah umur, bertambah amalnya =)

Wednesday, October 17, 2012

Ya Malik..

Mari berkongsi rahsia Asmaul Husna~

Apa khasiat Ya Malik???

Ya Malik apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah tergelincir matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah swt.

Jom amalkan Asmaul Husna.. yang penting kita kena percaya dan ikhlas kerana semuanya datang dari Allah..

TERIMA KASIH ALLAH!!! =)

Hari yang indah~

Ooooohhhh hari yang indah~~~~

Alhamdulillah masih diberi nyawa untuk aku bernafas di bumi Tuhan ni.. liat btol nak bgn pagi td.. uihhhh sejukkk dan nyaman yg amat je rasa.. ngantok sgt mlm td smpai selimut pon ntah ke mana.. xsempat nak pakai dah tertido hehehe.. mls mcm mana pon kena la bgn jugak, fikir nak mencari sesuap nasi (sesuap ke???? =p) dan tanggungjawab yg ada.. dan yg plg penting nak cari duit nak byr utang tenggiling itam tu kuikui...

Rutin harian pagi2 aku adalah minum tea n shake Herbalife... smuanya untuk kesihatan dalaman.. kdg2 smpai xlarat dah rasa nak minum wuuuuu... tapi so far ok la, bdn aku pon jadi cergas sket n bertenaga.. xde la asik ngntokk je..

Hmmmm target aku dpt gaji ujung bln ni nak bli alat senaman utk sit up yeaahh!! Aku dah xdak member nak men badminton.. Wida dah g sambung blaja, amek Master kat UTHM.. dan akhirnya peluh2 aku pon terserap balik dalam lipatan2 lemak sambil ketawa riang dan berkata 'SAYANG!! INILAH RUMAH BARU KITA' mcm dlm iklan ubat batuk tu.. haishhh tensen btol!!.. so marilah bekerja keras bulan ini.. chaiyok!!!

Ok bai....

Tuesday, October 16, 2012

~Akhirnya...~

Alhamdulillah, akhirnya..... hehehe nape laa macam teringiiiin sangat nak ber'blogging' akhir2 ni.. setelah menggodeh2 dan akhirnya aku pon dah ada blog sendiri..yeahhh!!! =)

Hmmm walaupon xpandai menulis tapi aku nak cuba gak.. nak berkongsi apa yang aku tau, apa yang aku rasa, apa ilmu yang berguna untuk manfaat semua....

Hidup ni rasa kosong kalo xde internet.. Merewang2 cari maklumat, cedok sini sket, sana sket then kongsi dgn org lain.. tapi biasanya kongsi lalu mulut je pastu conteng2 kat kertas.. Laa ni aku nak kongsi, nak tiru macam org lain.. Kongsi lalu blog.. Waaahhh canggih kan?? Hehehe org lain dah lama dah ada blog, aku baru la ni nak terjebak... Wat segan je =p

Aku nak jaga leklok blog ni.. kasi mekap chantek2 bagi selera sket mata memandang hehe.. janji ni tau.. tapi xtaula bape lama bertahan wakakaka..

Ok bai..