Friday, April 18, 2014

Tutorial cara isi e-Filing LHDN

Assalamualaikum..

Huhuhu sebab aku susah tercari-cari cara nak isi e-Filing ni, so aku terus terniat nak tolong orang lain isi. Tak payah susah2 nak start enjin keta g kat LHDN pastu beratur lama2 nak tunggu turn nak isi kat komputer deorang. Kita pon ada internet apa kannnn? Tak yah pakai internet deorang (ayat berlagak huhhh!)

So far aku search kat tenet takde lagi tutorial ni. Memandangkan ni dah bulan April, so sila2kan la ye~.. Moga bermanfaat untuk anda semua! :)


1. Sila tekan link ni : https://e.hasil.gov.my/
    Bila keluar page macam kat bawah ni, klik kat 'Login e-Borang'





2. Untuk orang2 biasa macam aku, yang takde pendapatan dari punca perniagaan (maksud punca perniagaan ni adalah kalau kita berniaga atas nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ), sila klik 'Login' untuk 'e-Be'.


3. Masukkan No. IC untuk ruang yang atas tu. Kemudian, masukkan kata laluan kat ruang bawah tu. 
**Kebiasaannya pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan yang sama dengan nombor IC untuk mengelakkan pengguna tidak terlupa kata laluan.


4. Bila dah dapat login, akan keluar page macam kat bawah ni. Sila isi maklumat2 yang aku dah tanda bintang2 tu okei. Sila rujuk EA form anda untuk maklumat2 yang diperlukan. Dah siap semua, klik 'Teruskan'.
**No. akaun bank diperlukan untuk memudahkan urusan LHDN memulangkan semula lebihan bayaran cukai anda untuk tahun sebelumnya. Pastikan jangan lupa isi, kalau tak nanti anda kena g amek check kat LHDN, kena beratur lama2 hehe.. lecehkannnn~


5. Untuk isi page ni, rujuk EA form yang aku attach kat bawah ni.

- Untuk ruang pendapatan berkanun penggajian, isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 1 tu.
- Untuk ruang Ansuran/Potongan Cukai Bulanan (PCB), isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 2.

Dah siap, klik kat 'Teruskan'.


                                 

6. Page ni adalah ruang untuk anda nak claim pape untuk kurangkan jumlah bayaran cukai anda. Isi ikut perbelanjaan anda tapi PASTIKAN semua yang anda claim tu ada resit okei. Kalau tipu, tiba2 ada pegawai LHDN dtg audit, aiyooo tak tau!. So, isi dengan jujur okei.



7. Untuk ruang insurans nyawa dan KWSP, sila isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 3 tu okei. Pastu kalau anda ada bayar zakat, sila isi kat ruangan 'Zakat & Fitrah'. Kemudian, klik 'Teruskan'.



                                   

8. Bila dah selesai, akan keluar page ni untuk Rumusan Cukai. Yang ni tgk elok2 okei.

  • Sila rujuk 'Cukai Kena Dibayar Tahun Taksiran 2013'.Itu adalah jumlah cukai yang dikenakan pada anda untuk tahun tu.


  • Yang aku tanda nombor 1 tu, sistem bagitau ansuran potongan PCB. Maksudnya anda dah bayar kat LHDN (samaada melalui potongan gaji bulanan ataupon bayar sendiri.)


  • Ruang bertanda nombor 2 tu plak jumlah lebihan yang LHDN akan pulang balik pada kita. 

Contohnya, syarikat dah potong gaji anda bulan2 RM20 untuk bayar kat LHDN. Cukup setahun dah jadi RM240. Tapi bila kira balik, tgk2 cukai anda cuma RM50 je. Ada balance RM190 kan? So ruang nombor 2 ni akan tunjuk anda akan dapat balik Rm190 tu. LHDN akan pulang balik samaada melalui cash transfer ke dalam akaun yang anda dah bagi kat awal2 tadi ataupon anda kena g kat LHDN untuk ambil check.

Dah siap pastu klik 'Teruskan'.


9. Pastu akan keluar tab macam kat bawah ni plak. Sistem bagitau yang anda isi segala maklumat yang diperlukan (alamat emel, nombor akaun, dll.)
Klik 'OK' selepas anda menyemak segala maklumat tu adalah betul.



10. Bila keluar page yang ada butang tulis 'Tandatangan & Hantar', klik je pastu anda print la statement tu untuk rujukan akan datang.


Sekian, semoga membantu! :)








20 comments:

  1. Salam... saya tersilap tulis amount bahagian pendapatan berkanun. Bagaimana nak edit ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ezan,

      Dah siap isi dan submit semua ke? Kalau belum, juz edit macam biasa. Tapi kalau dah submit, awak kena ke LHDN terdekat, ambil borang pembetulan pengisian e-Filing.

      Nanti pegawai LHDN akan reset balik e-Filing & dalam masa sebulan deorg akan bgtau berapa amount income tax yang perlu dibayar.

      Semoga membantu! :)

      Delete
  2. Salam tuan. utk bhgn Insuran Nyawa & KWSP tu adlh jumlah caruman KWSP + Insuran utk tahun tu kan. so kene isi RM6k saje kan walau amaun sebenarnya lebih?betul x?

    ReplyDelete
  3. terima kasih buat tutorial ni! barulah faham macam mana nak isi. tak payah susah susah pergi lhdn :)

    ReplyDelete
  4. Nak Tanya macam mana kita tau permohonan kita da kena process? kawan saya submit form e-filling dia 5 hari lambat dari saya tp semingu je dah dapat duit refund. nak check if kita dpat cheaque ke cash transfer mcm mana yer?

    ReplyDelete
  5. kalau terlupa kata laluan cmne nak daptkan semula/

    ReplyDelete
  6. time kasih adik sufi..sgt membantu and baru realize rasa macam salah isi tapi dah hantar. untuk panduan tahun depan lak.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, terima kasih banyak2. Info ini sangat2 membantu. Terutama saya yang baru kali pertama nak bayar cukai.

    ReplyDelete
  8. Salam, cik sufi..help me!!! T.T
    Saya confuse la system e-filing ni. First time login dok cari button die x jumpa2. tp now dah siap daftar, cuma nak fill in tu yg confuse.

    Saya kerja dgn Majikan A ni dr 03/2013-02/2014, pendapatan bulanan sy mse tu RM2XXX.

    Untuk ruang pendapatan berkanun penggajian, sy memang boleh isi jumlah ikut EA form, tapi untuk ruang Ansuran/Potongan Cukai Bulanan (PCB), dalam EA form RM0.00.

    So citer dia skarang ni, saya diberhentikan kerja serta merta tanpa notis oleh majikan A ni dan setahun kemudian diberi pampasan berjumlah RMXX,XXX.XX. Sebelum ambil duit pampasan, saya x dimaklumkan langsung psal PCB ni, tp masa amek duit tu, kurang RM6XXX. Bila ditanya, majikan kata dah ptong PCB, dia kata kalau nak balik duit tu, pergi claim sendiri kat LHDN (nampak x majikan saya sengaja nk susahkan sy).

    So, sy dah confuse mcm mana nak isi maklumat utk PCB sbb dlm EA form RM0.00.

    Saya dengar ura2 majikan A ni bakal tukar nama syarikat, and diorang masih belum lagi masukkan duit PCB tu kat LHDN. So sebelum terjadi ape2, saya nak isi dulu borang ni. Tolong saya please cik sufi T.T

    ReplyDelete
  9. Assalam
    Sy nk tahu bg pendapatan berkanun perniagaan mn satu jumlsh yg perlu di tulis?adakah jumlsh dr pendptn untung rugi kasar atau dr pdptn untung rugi bersih?
    Terimakasih

    ReplyDelete
  10. Assalam
    Sy nk tahu bg pendapatan berkanun perniagaan mn satu jumlsh yg perlu di tulis?adakah jumlsh dr pendptn untung rugi kasar atau dr pdptn untung rugi bersih?
    Terimakasih

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalam
    Sy nk tahu bg pendapatan berkanun perniagaan mn satu jumlsh yg perlu di tulis?adakah jumlsh dr pendptn untung rugi kasar atau dr pdptn untung rugi bersih?
    Terimakasih

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. selamat malam, macammana saya dapati amount PCB yg dlm E BE ini tidak sama dgn borang EA yg company bagi?
    saya sudah kira pcb saya, pcb dlm borang EA ini adalah betul.
    bolehkah saya mengubah amount pcb yg dlm E-BE ini mengikut Borang EA saya?
    terima kasih.

    ReplyDelete