Huhuhu sebab aku susah tercari-cari cara nak isi e-Filing ni, so aku terus terniat nak tolong orang lain isi. Tak payah susah2 nak start enjin keta g kat LHDN pastu beratur lama2 nak tunggu turn nak isi kat komputer deorang. Kita pon ada internet apa kannnn? Tak yah pakai internet deorang (ayat berlagak huhhh!)
So far aku search kat tenet takde lagi tutorial ni. Memandangkan ni dah bulan April, so sila2kan la ye~.. Moga bermanfaat untuk anda semua! :)
1. Sila tekan link ni : https://e.hasil.gov.my/
Bila keluar page macam kat bawah ni, klik kat 'Login e-Borang'
2. Untuk orang2 biasa macam aku, yang takde pendapatan dari punca perniagaan (maksud punca perniagaan ni adalah kalau kita berniaga atas nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ), sila klik 'Login' untuk 'e-Be'.
3. Masukkan No. IC untuk ruang yang atas tu. Kemudian, masukkan kata laluan kat ruang bawah tu.
**Kebiasaannya pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan yang sama dengan nombor IC untuk mengelakkan pengguna tidak terlupa kata laluan.
4. Bila dah dapat login, akan keluar page macam kat bawah ni. Sila isi maklumat2 yang aku dah tanda bintang2 tu okei. Sila rujuk EA form anda untuk maklumat2 yang diperlukan. Dah siap semua, klik 'Teruskan'.
**No. akaun bank diperlukan untuk memudahkan urusan LHDN memulangkan semula lebihan bayaran cukai anda untuk tahun sebelumnya. Pastikan jangan lupa isi, kalau tak nanti anda kena g amek check kat LHDN, kena beratur lama2 hehe.. lecehkannnn~
5. Untuk isi page ni, rujuk EA form yang aku attach kat bawah ni.
- Untuk ruang pendapatan berkanun penggajian, isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 1 tu.
- Untuk ruang Ansuran/Potongan Cukai Bulanan (PCB), isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 2.
Dah siap, klik kat 'Teruskan'.
6. Page ni adalah ruang untuk anda nak claim pape untuk kurangkan jumlah bayaran cukai anda. Isi ikut perbelanjaan anda tapi PASTIKAN semua yang anda claim tu ada resit okei. Kalau tipu, tiba2 ada pegawai LHDN dtg audit, aiyooo tak tau!. So, isi dengan jujur okei.
7. Untuk ruang insurans nyawa dan KWSP, sila isi jumlah ikut EA form yang aku letak nombor 3 tu okei. Pastu kalau anda ada bayar zakat, sila isi kat ruangan 'Zakat & Fitrah'. Kemudian, klik 'Teruskan'.
8. Bila dah selesai, akan keluar page ni untuk Rumusan Cukai. Yang ni tgk elok2 okei.
- Sila rujuk 'Cukai Kena Dibayar Tahun Taksiran 2013'.Itu adalah jumlah cukai yang dikenakan pada anda untuk tahun tu.
- Yang aku tanda nombor 1 tu, sistem bagitau ansuran potongan PCB. Maksudnya anda dah bayar kat LHDN (samaada melalui potongan gaji bulanan ataupon bayar sendiri.)
- Ruang bertanda nombor 2 tu plak jumlah lebihan yang LHDN akan pulang balik pada kita.
Contohnya, syarikat dah potong gaji anda bulan2 RM20 untuk bayar kat LHDN. Cukup setahun dah jadi RM240. Tapi bila kira balik, tgk2 cukai anda cuma RM50 je. Ada balance RM190 kan? So ruang nombor 2 ni akan tunjuk anda akan dapat balik Rm190 tu. LHDN akan pulang balik samaada melalui cash transfer ke dalam akaun yang anda dah bagi kat awal2 tadi ataupon anda kena g kat LHDN untuk ambil check.
Dah siap pastu klik 'Teruskan'.
9. Pastu akan keluar tab macam kat bawah ni plak. Sistem bagitau yang anda isi segala maklumat yang diperlukan (alamat emel, nombor akaun, dll.)
Klik 'OK' selepas anda menyemak segala maklumat tu adalah betul.
10. Bila keluar page yang ada butang tulis 'Tandatangan & Hantar', klik je pastu anda print la statement tu untuk rujukan akan datang.
Sekian, semoga membantu! :)