Thursday, December 17, 2015

Clomid @ Clomiphene Citrate

Assalamualaikum.

Lama sungguh tak update blog. Dekat 2 tahun rasanya, phewwww~

Ok, arini aku nak kongsi tentang 1 ubat yang nama popularnya Clomid.
Clomid ni popular pada golongan TTC (Trying To Conceive) & hanya boleh diambil atas pengawasan & nasihat doktor yang bertauliah sahaja.

Pengambilan clomid ni ada beberapa dos. Dos2 ni ditetapkan oleh doktor yang merawat & mengkonsultasi kita. Bagi permulaan cycle, biasanya doktor akan syorkan dos sebanyak 50mg je. Tapi kalau tak sukses, doktor akan tingkatkan dos clomid untuk cycle seterusnya.
Ada pesakit yang disyorkan doktor untuk mengambil dos clomid hingga tahap 250mg.



*Nanti aku edit gambo ni. Tak keluar plak. Dah tua2 ni lupa cara nak upload gambo kat blog. Adehh~ haha



Fungsi Clomid

Clomid ni berfungsi untuk tolong badan kita merangsang ovari untuk menghasilkan folikel yang mengandungi ovum. Folikel yang mengandungi ovum akan pecah apabila tiba masa yang sesuai dan bersedia untuk disenyawakan dengan sperma.

Clomid ni sangat2 membantu bagi individu yang mempunyai masalah PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). PCOSer kebiasaannya mempunyai masalah banyak ovum atau bahasa mudahnya telur, yang tidak matang dan bersaiz kecil. Bila telur2 itu tidak matang & tidak pecah, maka ianya tidak akan dapat disenyawakan. 
Maka fungsi clomid adalah untuk membantu telur2 itu matang & pecah dengan jayanya hehe.

Clomid jugak sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kitaran period yang tidak teratur. Kadang2 sampai berbulan2 tak datang period. 
**Oh salah satu simptom PCOS adalah period yang tak teratur tau.

Jadi kemungkinan doktor akan mengesyorkan pengambilan clomid bagi membantu masalah kitaran period, waktu subur & kematangan telur.

Kesan pengambilan clomid

Kesan pengambilan clomid ni tak sama, bergantung pada individu. Antaranya :
1. Pening kepala
2. Mual, loya2
3. Berat badan naik mendadak
4. Selera makan memuncak
5. Kurang pelincir semasa bersama dengan pasangan

Kesan clomid pada aku alhamdulillah cuma pening kepala. Syukur sangat badan tak naik. 
Tapi ada 1 cycle aku makan clomid waktu siang, subhanallah petang hari ke-4 aku on clomid tu, aku sakit kepala macam nak pecah. Ubatnya makan panadol & tidur sampai ke pagi. 

Lepas2 tu memang aku tobat tak amek clomid waktu siang lagi. Seeloknya amek waktu malam sebelum tidur.

Cara pengambilan clomid

Clomid ni kena amek 5hari straight. Boleh amek bermula dari hari ke-2 atau hari ke-3 period. 
Contohnya amek hari ke-2, maka last clomid adalah hari ke-7.

Kalau ikut orang barat, ada yang mula makan start dari hari ke-5 period & ada jugak yang mula makan selepas habis period. 

Tapi kita ikut je cara doktor Mesia bagi. So antara hari ke-2 atau ke-3, mulakan makan ok.

Terus abeskan clomid walaupon time tu dah abes period. Cukupkan 5hari. Contohnya kita period hari pertama hingga hari ke-5. Tetapi clomid masih ada 1 hari lagi untuk abeskan - cukup 5hari. Jadi teruskan makan dos yang last tu pada hari besoknya. 
Faham x?

Pastikan makan clomid dengan waktu yang tetap.
Contoh hari ni makan pukul 10 malam, besok & seterusnya pon kena makan kol 10 malam jugak. 

Kenapa? Sebab kita nak rangsang hormon dalam badan. Jadi kita kena pastikan kita rangsang pada waktu yang sama setiap hari untuk pastikan hormon dalam badan kita fungsi dengan betul. Memang kebanyakan ubat hormon perlukan disiplin semasa pengambilan. Disiplin dari segi masa pengambilan ubat tu. 

TVS Scan

Oh ya, masa pengambilan clomid ni, seeloknya kita pergi scan dengan doktor. Scan melalui vagina (Transvaginal Scan - TVS). 

Sebab doktor akan pantau tahap tumbesaran telur. Saiz telur akan betul2 matang kalau dah dekat waktu subur. Jadi kalau tak g scan, maka kita tak tau yang telur tu respon tak dengan dos clomid yang kita amek.

Ada 2 situasi kalau hampir waktu subur.

  1. Doktor akan pantau saiz telur dan biarkan telur pecah sendiri - waktu subur.
  2. Doktor akan cadangkan amek suntikan untuk pecahkan telur tu. So maksudnya kalau inject je, dalam masa 24 ~ 36 jam dari itu adalah waktu subur kita.


Kesan buruk clomid

Kesan buruk clomid ni adalah ianya boleh menyebabkan rahim nipis. 

Sebab tu kita hanya boleh amek clomid ni straight 6 cycle sahaja. Tak boleh lebih dari 6 cycle straight. Kalau dah cukup 6 cycle tapi masih belum berjaya, stop dulu untuk cycle seterusnya. Rehat 3~4 cycle, kemudian baru boleh sambung amek clomid, atas nasihat doktor.

Kebiasaannya doktor akan bekalkan ubat atau ada pilihan untuk injection bertujuan untuk tebalkan dinding rahim semasa kita makan clomid. Sebab kalau dinding rahim kita nipis, janin yang nak menempel tak kuat. Risikonya adalah keguguran awal.


Jadi apa2 pon, sila rujuk doktor dulu ok. Jangan memandai2 hahahaha.
Harap artikel ni membantu.

Ok, bai~