Tuesday, February 18, 2014

Redha vs Pasrah




Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"



Redha itu ikhlas,
Pasrah itu menyerah...

Aku tak rasa nak pasrah sekarang ni. Mungkin redha itu lebih baik, lebih bagus, lebih elok pada pandangan Tuhan aku. Ikhlaskan hati! Mungkin ini la yang dikatakan ujian, dugaan, cabaran, cubaan dalam perjalanan untuk mendapatkan yang HALAL. Dah tak jauh, dah tak lama, makin hampir, makin kuat ujiannya. Terima kasih Tuhan. Terima kasih Tuhan masih nak ingatkan aku, agaknya aku semakin jauh ngn Tuhan (sighhh~)

p/s : kuatkan hati bangun solat malam, doa tu lebihkan sket masa, jangan nak cepat2 gantung telekung lipat sejadah. Oh Tuhan, terima kasih atas segalanya. 

p/s lagi : Ko tak yah nak dekat2 ngn aku setan. Aku masih ada Tuhan. Ko tak yah la nak cuba2 goyahkan hati aku. Aku nak yang HALAL. Halal untuk aku sentuh, halal untuk belai, halal untuk aku bersama, halal untuk segala-galanya. 

Monday, February 10, 2014

Dapur : Resepi Roti Tocang

Assalamualaikum!

Hehe arini aku teruja nak kongsi resepi masak memasak plak.

Resepi arini ialah ROTI TOCANG. Macam pelik je namanya kan? Hehe memang pelik pon sebab aku je yang suka2 bagi nama ni. Dah tak tau nak nama apa, so layan jelaa. zasssss!

Ok, ni la rupa bentuk roti tocang setelah digolek2, diadun dengan kasih sayang menggunakan tanganku yang gebu2 manja ni haha.



Cantik kan?? Haaa dia jadi cantik dan sedap sebab ikut tuan yang uli. Sebab aku cantik, so roti pon cantik laaaa~ (perasan ke perasaan ni??)

Ini resepi roti tocang :


Bahan2 kat atas ni boleh dapat banyak. So, kalau rasa2 nak makan 2org @ 3org, sila kurangkan kuantitinya okei.

Selamat mencuba! 

Adiossss~