Tuesday, November 19, 2013

Review product : Mukjizat Soap D'herbs

Assalamualaikum~

Ok, arini aku nak jadi mak bidan kongsi tentang 1 produk yang aku dah try dan aku rasa macam alhamdulillah kesannya ok.

Alaaa aku tau mesti korang ada je yang ada kesan2 hitam kat badan kan? kan? Kadang2 ada jerawat kat badan, bekas hitam kat lutut sebab bawak motor macam lumba kat trek cup prix (tipu je :p), ataupun bekas2 hitam sebab gatal2 pastu korang garu2. Haaa lagi 1 yang aku rasa mesti feymes bekas hitam ni kat ketiak & celah peha.

Alkisahnya aritu aku jalan2 kat depan kedai jamu. Aku ni rajin gak g kedai jamu ni sebab dekat dengan Maybank tempat aku selalu masukkan duit (macam banyakkk je duit nak masukkan). Aku saje borak ngn akak tu. Dia kata sabun ni bagus untuk hilangkan kesan hitam kat badan. Lagi2 la untuk bakal2 raja sehari. Yang tak bakal pon boleh gak pakai, takde masalah pon. Sebenarnya aku cari scrub sebab scrub aku dah abes, tapi akak tu saje bagi aku test sabun mukjizat ni.

Aku pon beli, harga dia RM19.90. Bau dia wangi + dia ada biji2 gak macam scrub. Kalau korang nak guna, time mandi tu, gosok je kat tempat2 yang korang rasa nak hilangkan kesan hitam tu. Gosok2 sampai berbuih, pastu tinggalkan sekejap. Biarla dalam 2-3 minit. Sambil2 tu korang gosok gigi ke, syampu rambut ke, berus mangkuk toilet ke. Agak2 dah 2-3 minit, bilas. Bilas dengan air suam2 lagi ok. Rajin2 buat tau. Kalau nak elok, tiap kali mandi jangan lupa gosok. Lagi rajin lagi cepat hilang.

Macam aku, baru guna 2-3 minggu camtu kot. Dah nampak dah kesan. Alaaaa takyah la tanya kesan hitam aku tu katne. Nanti bakal suami aku baca blog ni, kantoi plak kahkah! :p Hehe sebenarnya aku ada kesan2 hitam sebab gatal2 aku garu. Kulit aku ni sensitip sket. Kena nyamuk tak boleh, kena air kotor sket tak boleh. Kulit orang kaya katanyaaaa :p So bila dah gatal, aku pon laaaagi la gatal nak garu. Lama2 tinggal la kesan hitam ni hehehehe.

Ni la rupa bentuk sabun mukjizat ni :


Aku tak jual pon sabun ni. Korang try la cari kat kedai2 jamu berhampiran hehe. Banyak je ada jual. Tapi kalau korang malas nak g usha2, nak aku tolong belikan pon boleh. Kalau aku g bersiar2 depan kedai jamu akak cun tu lagi (kembang semangkuk laaa akak yang aku tak tau pon nama dia tu :p), nanti aku g belikan kihkih. Korang just bagi aku duit sabun + duit pos je. 

Selamat bersabun!!
Ok, bai




Sunday, November 10, 2013

Let go shawl!!

Assalamualaikum!

Arini aku nak let go shawl2 aku..td ngemas2 pastu aku decide nak jual..sebab ape? Sebab FH aku xbagi dh pakai shawl pendek2 ni..so aku pakai shawl jenis2 pashmina & yg tebal dan panjang je skrg..

Aku nak let go murah2 je..5 helai rm10 + free postage..skali nak kosongkan almari hehe..kalau nak contact aku laju2 tau..selagi stok masih ada ;) 0177282386

Friday, November 1, 2013

BLACK MORES Evening Primrose Oil



Saya nak jual!! :)

Untuk sapa2 yang rajin menjaga kesihatan dalaman dan luaran, dipersilakan untuk membeli Evening Primerose Oil jenama BLACK MORES ni dari aku.. dan sebenarnya aku bukan la ejen penjual, tapi aku jual ni sebab dah terbeli lebih byk sgt! :p so aku decided nak jual 2 botol besar ni.. 1 botol isinya 180 capsules.. so 2 botol, isinya 360 capsules.. aku nak jual 2 botol ni RM90 (free postage).. sila sms/wassap/wechat/chaton aku laju2! 017-7282386 (selagi stok masih ada! :p)

Evening Primerose Oil 1000 ni sesuai untuk wanita2 di luar sana dan juga di sini (aku la tu :p) yang mempunyai masalah kulit yang disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon. Capsule ni pon bagus untuk mengurangkan masalah2 rutin bulanan sebelum datangnya period atau bahasa best sket - gejala pra-haid.. Contohnya macam aku, kalau dah dekat2 nak period mesti asik laaaaaapooooo je.. so bila mkn Evening Primerose Oil (EPO) ni, boleh la kurangkan sket..

Senang cerita, EPO ni bagus untuk mengurangkan masalah hormon.. aku g jumpa doktor kat klinik & mmg doktor yang sarankan aku ubat ni.. aku je yg tamak g beli byk2.. pastu rasa macam lama sgt nak abes.. daripada expired, baik aku jual dl.. nnt dah abes, aku g bli yg lain hehehe..

sambung baca kat link ni okes => http://zaralife-hazimah.blogspot.com/2012/03/evening-primrose-oil-epo.html


:: ayat2 kat bawah ni aku copy.. sila la baca ye~ ::


APA ITU EPO.?

Evening Primrose Oil ( EPO) diekstrak daripada biji benih tumbuhan keluarga Onagraceae yang berasal daripada Utara dan Selatan Amerika. Pada kebanyakan spesisnya, bunganya berwarna kuning dan terbuka pada waktu petang, maka ianya diberi nama “Evening Primrose Oil”.

Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan,melancarkan peredaran haid,meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.


APA KEBAIKAN EPO.?

* Membantu mengawal atur kitaran haid.
* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
* Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.



Oenothera Glazioviana... Daripada bunga nilah terhasilnya EPO yang kita makan 2..