Assalamualaikum..
Aku ni hari2 dok pening pikir pasal jerawat kat muka ni.. alhamdulillah sekarang dah ok sket.. kalo dulu, huihhh kalah jalan berlubang depan shell highway Perling - Pasir Gudang ni.. jerawat muka aku plak die ni pandai sket, tumbuh kat tempat2 tersembunyi.. bila pakai tudung mmg xnampak sebab die tumbuh kat ubun2 rambut, bawah telinga dan etc. hehehe..
Sebab2 jerawat ni tumbuh adalah dari kita punya habit pemakanan. Kalau mmg suka makan makanan yang berminyak, bergoreng, mmg suka sgtla jerawat ni tumbuh. Orang melayu kita ni plak mmg x lepas dari makanan bergoreng.. mana la tekak ni nak lalu buka puasa kalau xde kuih karipap sardin.. huihh mmg x selera! =p satu lagi penyebab jerawat ni adalah kerana jadual tidur yang x bagus.. selalu berjaga malam boleh membuatkan jerawat beranak pinak kat muka.
Oleh itu mari kita tengok cara mencegah jerawat dengan izin Allah:
1. Selalu ganti sarung bantal
- Jangan jadi anak dara malas sgt! (mak aku bebel =p) ramai org x tau yang bila kita tidur guna sarung bantal yang sama berbulan2 boleh menjadi salah satu sebab jerawat.. habuk kat sarung bantal + air liur basi yang dah jadi peta harta karun tu.. hehe so rajin2 tukar sarung bantal busuk tu k.. at least seminggu sekali..
Ini bukan bantal aku okeh!!
hehe aku pinjam gambar dari blog ni http://arwendanish.blogspot.com/..
hehe maceh untuk bantal yang cantek ni! =p
2. Pakai pencuci muka + toner
- Lagi elok kalau pencuci muka tu berasaskan susu, sebab apa? sebab susu pembersih boleh membersihkan sisa mekap, melembapkan kulit + memberi nutrisi yang lengkap pada kulit muka tuan2 dan puan2 sekalian. Kegunaan toner plak adalah untuk mengecilkan liang2 pori2 pada kulit muka supaya x ada kotoran dan habuk yang masuk dan terperangkap hingga boleh menjadikan jerawat. Rajin2 cuci muka!
3. Jangan tukar2 kosmetik
- Setia pada yang satu! jangan rajin2 tukar kosmetik sebab kesan bahan kimia pada kosmetik tu boleh menyebabkan kulit muka tidak sihat dan menyebabkan jerawat. Kulit muka setiap org ada sensitiviti yang tersendiri. Kalau rasa2 dah sesuai dengan 1 jenis tu, jangan gatal2 tukar lain okeh!
4. Scrub muka
- Tujuan scrub muka ni adalah untuk membersihkan pori2 muka. Jadikan amalan 'menyecrub' (oh mai god! =p) ni sebagai rutin diri. Pilih pore cleanser yang sesuai dgn kulit muka. Pori kulit yang bersih akan menjadikan kulit muka yang bersih!
5. Amalkan makan makanan yang membantu mencegah jerawat
- Kurangkan makanan yang berminyak dan lebihkan makanan yang boleh mencegah jerawat seperti buah-buahan (betik, pear & etc.). Jangan lupa banyakkan makan sayur dan minum air putih banyak2.
ᴥ ᴥ ᴥ ᴥ Tips : Setiap 25kg berat badan perlu minum 1 Liter air.
→ ( BERAT BADAN / 25 ) = LITER AIR SEHARI
... Nak pakai Garnier biar cantik macam Lisa! ...