Wednesday, June 5, 2013

Hilangnya permata kami

Assalamualaikum..

Lama aku x menulis.. semenjak pemergian adik, aku xpnah lagi bukak blog.. arini selepas 2 bulan setengah dikya pergi, aku kembali menulis.. moga dikya tenang di sana.. 

Sesungguhnya aku rindu sgt ngn dikya.. terasa lagi panas muntah dikya kat tangan aku.. terbayang2 gelak sama2 kat wad hospital.. sangat syahdu.. dikya sgt cepat tinggalkan kami.. 16 Mac 2013, aku terkedu, xmampu nak fikir bila doktor kata dikya dah xde.. aku tau Tuhan syg dikya lebih dari kami syg dia.. aku redha, aku pasrah dgn takdir.. tapi dlm hati aku ttp merasakan dikya ada dkat ngn aku..


Abah

Sampai ke hari ini, saat ini xpernah sekali pon miss setiap hari ziarah kubur dikya.. bacakan yasin dan doa untuk anak kesayangannya.. anak yang selalu jadi kawan gaduh.. tapi bila dikya sebut berkali2 'kite syg abah' sebelum dikya pergi, itu yang menjadi penyebab kesayuan yang paling dalam, dalam hati abah.. susah nak selami hati seorang lelaki bernama abah.. tapi setiap kali kami solat berjemaah waktu maghrib di rumah, abah akan tersedu menangis sendiri.. tabahla abah, moga dikya tenang di sana....


Mak -

Mak yang aku kenal orangnya tersangat tabah.. aku sungguh hormati dan kagumi ketabahan mak.. sejak dari kecil usianya, sangat byk mengharungi keperitan hidup.. itu yang buat satu2nya mak aku di dunia ni org yang terlalu tabah dalam menghadapi apa jua dugaan dari tuhan.. semenjak dikya pergi, mak xhenti2 selsema.. selsema yang berpanjangan.. mungkin mak menahan kesayuan jauh di sudut hati.. aku xpasti.. tapi setiap kali kami bicarakan tentang dikya, pasti dan aku sangat pasti air mata mak akan mengalir lembut di hujung mata jatuh ke pipi tuanya.. (aku xmampu menaip dengan tenang, air mataku juga mengalir laju.. ohh dikya).. moga mak tetap tabah.. kami akan jadi anak yang baik untuk mak dan abah walaupun kami xmampu nak gantikan seorang dikya untuk mak dan abah..


Along, Angah, Iji, Dikyi -

Masing2 cuba tabahkan hati untuk terima ketiadaan dikya.. sangat terasa kehilangan dikya yang sangat manja - anak perempuan bongsu dalam keluarga.. rasa sunyi tanpa mendengar rengekan ngade2 dikya, masakan dikya yang sedap2 belaka, bunyi telefon bila dikya telefon saje nak tanya khabar adik beradiknya yang lain.. dikya tetap dalam hati kami sampai bila pon masih tetap di sini....


Aku -

Masih tercari2 hidup aku lepas dikya xde.. aku sgt2 rindu ngn dikya.. terasa kosong hidup ni tanpa dikya.. aku mengaku, bukan setiap masa aku ikhlas jaga dikya semasa sakit.. bukan aku xrela, tapi terkadang badan aku dah mula rasa sakit2 bila setiap hari tidur kat kerusi malas, bukan atas tilam empuk.. bukan aku xrela, tapi terkadang aku terasa susahnya aku nak menjaga aurat semasa di hospital.. tapi jauh di sudut hati, aku tau dikya pon xmintak untuk dapat sakit macam tu.. aku faham perasaan dikya.. die pon xnak susahkan semua org.. sbb tu bila masa die rasa die ada sedikit kekuatan untuk bangun berjalan sendiri, semua benda die wat sendiri tanpa bantuan sape2 pon.. cekalnya dikya menghadapi ujian tuhan.. aku halalkan dan aku ikhlaskan apa saja untuk dikya, moga dikya bahagia di sana..

Diari dikya masih dalam simpanan.. setiap kali baca, setiap kali itulah merembes air mata ini.. sungguh dikya xnak susahkan siapa2.. sebab tu die pergi terlalu cepat.. tapi dikya tinggalkan kami dengan kerinduan dan kesayuan yang sangat dalam.. kami kehilangan.. kami kesepian tanpa dikya.. tapi kami tahu, Tuhan lagi sygkan dikya.. terima kasih tuhan kerana bagi pinjam dikya pada kami walaupun hanya sedikit masa.. terima kasih tuhan kerana Kau sygkan dikya kami.. terima kasih tuhan..

Aku dah xmampu menaip lagi.. semakin xnampak huruf di keyboard dek kerana air mata yang bertakung.. moga dikya tenang di sana.. kokde harap sgt dpt jumpa dikya lagi.. dtgla dlm mimpi kokde.. kokde rindu btol ngn dikya.. 


Salam syg untuk dikya~


SUFI SOLEHA BINTI SUPIAN
27 Mei 1991 ~ 16 Mac 2013
Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL)
ICU Barat, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru