Friday, November 23, 2012

Debaran ke Okayama!!!

Peningnya kepalo den... satu hape xprepare lagi ni huhuhuhu.. minggu depan nak ke Okayama tapi barang satu hape pon xbeli lagi.. Visa pon xapply lagi.. nasib baek la passport idop lagi hehe..

Untuk sape2 yg nak g Jepun, diwajibkan untuk apply visa dan kena pastikan yg passport still valid at least 6 bulan.. so sape2 yg nak g kena la pastikan passport anda masih boleh digunakan ye, kalo tak, silalah rajin2 kan diri g renew passport anda... Passport pon xmahal sgt skrg.. Harga utk org dewasa - [ RM100 utk 2 tahun, RM300 utk 5 tahun ]..


Oh ye, untuk apply visa ke Jepun, anda mesti mempunyai gambar berukuran [45mm x 45mm] sebanyak 2 keping dan gambar tu mesti berlatar belakangkan putih.. kalo g kat kedai gambar, ckp je nak wat gambar untuk visa Jepun, deorg mesti tau punya hehe.. pastu untuk yg memakai tudung, pastikan tudung anda berwarna selain warna putih tau.. kalo tak nanti tokey kedai gambar xmau amek gambar korang sbb nanti cahayanya mantul , warna tudung sama ngn warna background.. tinggal muka yg keluar kat gambar nanti hohoho =p

Sila klik link ni untuk direct ke website kedutaan Jepun di Malaysia...

Yang wat aku bertambah2 nervous ni sebab kat sana tengah musim sejuk.. skrg ni dalam lingkungan bawah 6degree.. Huhuhu aku ni dahla xtahan sejukkk.. moga2 aku mampu bertahan hehehe..  agak2 dah ada salji ke belum ek.. kalo dah ada, mmg mimpi2 indah ku dari zaman kecik termakbul... teringin sangat nak main salji.. hurmmm perlu ke aku bawak sirap dan kacang??? boleh wat ABC wakakakaka....


Doakan aku selamat pergi dan pulang tau~.. Nanti aku upload gambar2 kat sana sket eh.. Lagipon aku bukan pergi bercuti, aku pergi bekerja hehe.. Rindunya laaa aku nanti kat bau tanah air.. hehehehe.. 

Perlu ke aku nyanyi lagu Sorafune nanti???? =p

Tuesday, November 20, 2012

Tutorial letak link pada gambar dalam blog

Hello helooo helooooooo......
hehe kali ni aku nak ajar camne nak letak link/pautan pada gambar dalam blog...

Senang je tau.. ok, firstly g kat page korang.. pastu insert image yg nak di'upload'... sila lihat gambar di bawah yee~


Pastu akan keluar page seperti di bawah... klik kat 'Choose files' tu then pilih gambar yang korang nak upload kat file mana gambar tu disimpan...


ok, pastu klik kat gambar tu, then klik bahagian bawah tu ye...

Dah setel semuanya, klik lagi kat gambar tu sampai die jadi kaler biru pastu klik ikut no. 2 tu eh.. 


Masukkan url kat bahagian yang aku dah tanda no. 1 tu.. pastu tekan option no. 2 tu (pilih sama ada nak biar link yang korang letak tu keluar kat new window ataupon tak.. kalo xnak, xyah klik tu tau.. dah siap semua, klik OK...



dah siap dah pon.. kalo nak tgk korang punya link tu berjaya ke tak, try preview dulu k.. pastu klik gambar yang korang letak link tu.. aku pon ada letak link kat gambar2 dlm tutorial niehhh...

Selamat maju jaya!!! =)









Anak Malaysia vs Anak Palestin



Hmmm hangat tentang Israel dan Palestin skrg ni... Kasihan umat Islam di Palestin, siang dan malam bersengkang mata, mohon perlindungan dari Allah dari kekejaman Zionis... Xde tenaga dan kekuatan untuk aku sumbangkan pada mereka.. cuma titipan doa dan segunung pengharapan agar mereka diberi sedikit ruang untuk bernafas di muka bumi Tuhan ni..
Tapikan aku mmg serius geram aku kat budak2 remaja kita ni.. org lain berhempas pulas berjuang nak selamatkan nyawa, tapi budak2 ni berebut2 nak korbankan nyawa.. uihhh aku mmg cukup geram ngn budak2 yg belum akil baligh lagi dah sibukkkk dok merempit.. mak ayah deorang pon pening dah nak layan perangai masing2.. masalahnya, kalo jadi pape nanti xmenyusahkan org xpe.. ni tak.. nnt org lain yg sakit kepala nak menanggung.. deorg ni xblh nak pikir agaknya... arrgghhh tensen2 tau!! hehehe aku bukan ape... aku geram, budak2 kat umah kampung aku ni... memekak siang malam 'ngeres' motor dpn umah aku.. memekak btol.. skali aku tembak ngn meriam kang baru tau!!
tu belum kira yang 'mat pet' lagi... uiihhhh kalah doktor tau.. hebat sungguh cari urat nak mencucuk.. cucuk tang sini, cucuk tang sana.. skali aku suntut montot tu kang baru tau.. yg ni lagi satu masalah.. majoritinya anak melayu la yg jadi doktor tak bertauliah ni..wat malu bangsa je.. time skolah dulu rajin sgt blajo biologi gaknya.. org suruh cucuk katak, die g cucuk tangan sendiri.. lpas tu menyusahkan mak bapak.. aku geram btol bila kelapa blakang umah aku pon deorang rembat, jual wat beli dadah... aiyoooo!!! tu blm kira durian lagi.. mmg handal!! pantang lepa, cepat je lesap.. ishh satu kali aku lesing baru tau!!
aku sian anak2 Palestin bertarung nyawa, anak Malaysia bertaruh nyawa.. giloz!! moga Allah merahmati kita semua... jauhi dari ancaman Yahudi dan Zionis laknatullah...
p/s: aku doa dikyi xnakal.. xsusahkan hati mak abah.. jgnla nakal smpai peningkan kpala mak abah.. aku doa dikyi jadi anak yg soleh.. tak asik curi2 bawak motor, ngeres sana sini... huhuhu

Cara mencari koordinat di Google Maps

oohh arini aku dpt knowledge baru.. thanx to my boss for asking me the question.. baeklah, mari aku share sket maklumat terbaru ni hehehe..

camne nak cari koordinat dlm google maps?? sng je.. mula2 skali mestila g kat google maps kan.. sila lihat gambar di bawah ye..

ok, pastu google akan detect negeri tempat kita meng'akses' internet.. contohnya aku akses kat Johor, tempat tumpahnya darahku, so google maps pon tunjuk la peta Johor..

dah setel, pastu taip nama tempat atau alamat tempat kita nak cari kat bahagian atas.. sebagai contoh, aku nak cari maps untuk Jusco Tebrau City.. Dah siap taip then Enter, google akan tunjuk maps untuk Jusco..

nampak kan ada tanda merah kat Jusco tu.. klik kanan pada tetikus.. pastu akan keluar la pilihan2.. klik kat perkataan "What's here?"..

pastu cuba tgk kat bahagian atas tu.. address yang aku taip tadi dah tukar jadi koordinat kan..

hehehe dah siap.. pastu kalo nak tukar cari koordinat lain, just tukar je nombor koordinat yang kita nak kat bahagian atas tu.. koordinat tempat lain pon boleh.. step2 kat atas tadi tu sebenarnya untuk tukar function daripada search address kepada search koordinat..

itu sahaja.. kalo xpaham, tinggalkan komen eh.. ok, bai!

Monday, November 19, 2012

Aku ingin menjadi bidadari buatmu~

“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki.”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.


Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? 
Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauhul Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. 
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. 
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. 
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. 
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. 
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.


SUMBER : EMAIL

Wednesday, November 14, 2012

Period untuk bulan ni =p

ohhh alhamdulillah..... syukur sgt.. aku dtg period lagi bln ni.. hmmm rasanya baru je abes period, tp dah dtg lagi 12/11 aritu (on my birthday hehehe =p) alhamdulillah walaupon xbyk sgt mcm period yg normal.. tp at least dtg jugak kan... syukur ya Allah =)

Kalau ikut perancangan, aku akan mkn Norethisterone lg utk bln ni, ikut jadual yg sama mcm bln lpas.. nak stabilkan tarikh period.. tapi blm smpat mkn lg, period dah dtg hehe.. xpela, yg pnting ade.. aku pon xrisau sgt.. hopefully aku akn normal mcm biasa

Wednesday, November 7, 2012

Ratu Di Hatiku - T.R.I.A.D

Oooo beznya lagu ni.. menusuk2 jantung.. actually aku donlod Adam&Hawa mlm td.. episod yg awal2.. tiba2 hati terpana ngn lagu ni.. asik ulang2 je.. 

Beznya kalo my Future Husband (bak kata nad, "FH" hehehe) mainkan gitar & nyanyikan lagu ni... mmg tangkap feeling laa~ bkn jiwang tapi menjiwai lagu hehe... herewith the lyrics..


T.R.I.A.D / Ratu Di Hatiku 


Pernah aku mencintai wanita
Tapi tak seperti saat ku mencintaimu
Pernah aku merindukan wanita
Tapi tak seperti saat ku merindukanmu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Pernah aku menikmati wanita
Tapi tak seperti saat ku menikmatimu
Pernah aku menangisi wanita
Tapi tak seperti saat ku menangisimu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku



hehehe part yg "pernah menikmati wanita" tu je yg xbez.. apedaaaaa~ yg lain semuaaaaaaaaaa bezzz!! oohhh berharapnya nak dgr petik gitar, special lagu ni untuk aku... wink3 hehe

Tuesday, November 6, 2012

Biskut singa =)

Emmmm sedap biskut Tsukamoto bagi ni.. cantik plak bentuknya hehe.. ade rasa mangga di dalam (apsal skema ni =p) haishhhh aku jeles btol ngn kulit org jepun ni... cantik, putih, mulus, gebu2 gitu.. Tsukamoto-san ni taun dpn umo die dah 60.. dah tahap nenek2, tapi kulitnya masya-Allah... mmg canteeeekkkk... tiap2 pagi aku borak ngn die kat pantry kilang, mesti die sambil minum vitamin C.. aku igt la kan, sblm die blk Jepun bln Januari ni, aku nak ngecek die punya vit C... nak bagi chanthekkk wakakakaka...